Nama : Shuhada Binti Shuib
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Shuhada Binti Shuib yang lebih dikenali dengan panggilan Intan di Felda Lepang Nenering ini berasal dari Sungai Petani, Kedah. Setelah beliau berkahwin dengan anak peneroka Felda Lepang Nenering, beliau mengikut suaminya untuk menetap di sini. Beliau mempunyai tiga orang anak. Suami beliau berkerja sebagai peneroka di Ladang Felda Lepang nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau seorang yang aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau sering bergaul dengan kawan-kawan yang aktif berniaga. Daripada situasi itu, beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas boleh disertai secara percuma. Ekoran daripada itu, beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menyertai pelbagai kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas mengenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , beliau menyertai pelbagai kelas perniagaan,program usahawan dan kelas-kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga dengan menjadi dropship barangan kosmetik. Antara produk yang beliau mula berniaga adalah seperti produk-produk daripada Annona seperti set penjagaan dan rawatan muka dan vitamin C Cebion, agen sah produk mybidara. Selain itu, beliau seterusnya menjadi dropship untuk lipmatte daripada jenama Sobella. Seterusnya beliau mula berjinak untuk menjual pakaian seperti telekung dan mula membuat dan menjual biskut samperit. Terkini beliau mula berjinak dalam perniagaan Coway Malaysia.


Nama : Farah Hanim Binti Arbayin
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang :

Puan Farah Hanim Binti Arbayin berumur 32 tahun. Seorang suri rumahtangga. Merupakan ibu kepada 3 cahaya mata. Suami beliau merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Beliau merupakan anak peneroka generasi pertama di Felda Lepang Nenering ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau seorang yang mudah mesra. Aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas boleh disertai secara percuma daripada komuniti sekeliling. Ekoran daripada itu, beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menyertai pelbagai kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau menyertai pelbagai kelas seperti,program usahawan, kelas mengedit gambar produk dan kelas-kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga dengan menjadi dropship barangan kosmetik yang pelbagai.


PERNIAGAAN

Nama : Amsiah Binti Abdul Rahman
Umur : 55 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Amsiah adalah seorang surirumah dan suaminya seorang peneroka yang telah lama menetap di Kawasan Felda Lepang Nenering. Beliau merupakan seorang penerokawati yang mempunyai minat dalam bidang ternakan. Beliau telah menternak kambing, itik angsa, ayam kampung di sekitar kawasan rumah beliau,

Beliau mempunyai minat dalam perniagaan. Beliau juga telah mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mengembangkan lagi perniagaan haiwan ternakan  beliau. Dengan minat itu, beliau sudah Berjaya menternak kambing daripada sedikit sehingga sudah membiak hingga ke 100 ekor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Pada permulaannya, beliau hanya menjual secara offline iaitu dengan cara pelanggan datang ke ladang ternak untuk melihat, memilih dan seterusnya membeli kambing beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan Felda Nenering, beliau telah datang dan mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Seterusnya beliau mula belajar menggunakan aplikasi whatapps untuk perniagaan beliau. Ekoran daripada itu, beliau mula menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menggunakan sebaiknya perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk komuniti setempat. Kini beliau mula mempromosikan iklan perniagaan beliau menggunakan sosial facebook . Kini beliau sudah mempunyai hampir 100 ekor kambing di bawah jagaan beliau.


Nama : Nurul Fariesha Binti Mohd Sobri
Umur : 13 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar tingkatan 1 yang sangat rajin dan lemah lembut. Beliau merupakan cucu peneroka Felda Nenering yang telah menetap di sekitar Felda Nenering ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau tidak mempunyai asas-asas tentang komputer memandangkan kemudahan untuk belajar komputer tiada di rumah.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  :

Beliau mula mengikut rakan-rakannya datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)  untuk menyertai kelas yang diadakan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Beliau mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan sering datang ke sini untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Petugas di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Kini beliau sudah agak mahir menggunakan komputer dan sering mengulangkaji pelajaran secara dalam talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).


PERNIAGAAN

Nama : Nor Azizah Binti Md Saad
Umur : 48 tahun
Ahli : 2015


Latar belakang :

Puan Azizah adalah seorang anak peneroka yang telah lama menetap di Kawasan Felda Nenering. Beliau mempunyai 4 orang anak, 3 daripadanya sudah bekerja dan seorang lagi masih bersekolah. Beliau mempunyai minat yang mendalam tentang dunia masakan dan dunia perniagaan. Dengan minat itu, beliau sudah membuka kedai makan di sekitar Felda Nenering ini sudah mencapai 15 tahun.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau hanya menjual secara offline iaitu dengan cara pelanggan datang ke gerai untuk membeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau mula menceburkan diri untuk mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Beliau juga memulakan perniagaan secara dalam talian menggunakan aplikasi Whatsaap. Beliau juga sering datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan olehPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti. Selain gerai makan, beliau juga mengambil tempahan masakan (katering) untuk pelbagai majlis. Beliau mempromosikan iklan perniagaan beliau menggunakan pamplet dan juga mempromosikan di lama  sosial (facebook) . Kini beliau sudah mempunyai 2 orang pekerja di bawah jagaan beliau.