PENTERNAKAN & PERNIAGAAN

Nama : Kursiah Binti Mohd Yusof
Umur : 32 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang :

Puan Kursiah adalah seorang surirumah. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau adalah seorang usahawan IKS di sekitar kawasan Felda Nenering yang menjual pelbagai jenis makanan basah & kering. Beliau juga mengambil tempahan masakan untuk pelbagai majlis kecil kecilan. Selain membuat perniagaan, beliau juga sering menolong suami beliau dalam bidang penernakan. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat kertas kerja, mencari resepi dan lain-lain. Kini beliau berjaya untuk membantu suami dalam menampung perbelanjaan seharian keluarga kecil beliau.


CELIT IT

Nama : Sarah Aina Aqilah Binti Abd Aziz
Umur : 11 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar tahun 5 di Sek Keb Felda Lepang Nenering. Mempunyai 2 adik beradik dan tinggal bersama ibu dan bapanya di Felda Nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah atau pun di sekolah bersama kawan-kawanya. Beliau langsung tidak mempunyai asas-asas penggunaan komputer kerana di rumah tidak mempunyai keperluan untuk beliau mempelajari tentang komputer. Beliau seorang murid yang sangat aktif di sekolah.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula datang ke Pusat Internet mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft word dll. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui online. Beliau aktif datang ke Pusat Internet bersama kawan – kawannya untuk belajar Beliau juga seorang ahli yang aktif di Pusat Internet dengan sikapnya yang ringan tulang.Beliau juga sering menonton sukan-sukan yang melibatkan persekolahan di lama youtube kerana minatnya terhadap sukan dan pelajaran. Pusat internet adalah salah satu rujukan bagi beliau untuk mencari dan membuat pelbagai aktiviti.


PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama : Nurul Iza Husna Binti Abdul Wahab
Umur : 30 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang :

Puan Nurul Iza seorang suri rumahtangga yang ingin berniaga secara kecil-kecilan berbekalkan bakat yang ada pada diri beliau. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau juga turut mempromosikan perniagaan kecil-kecilan beliau ke dalam laman sosial dan sering juga mendapat tempahan daripada penduduk setempat. Kini beliau dapat menambah pendapatan dengan perniagaan secara luar talian dan dalam talian(online), dapat juga membantu suami dalam menampung urusan kewangan keluarga.


PENTERNAKAN & PERNIAGAAN

Nama : Nurul Aina Binti Sufian
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang :

Puan Nurul Aina seorang suri rumahtangga yang ingin berjaya dalam bidang penternakan. Beliau sangatlah meminati bidang ternakan dan perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum ini, beliau telah mencuba pelbagai jenis ternakan namun hasilnya agak mengecewakan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau telah mendapat idea untuk menternak arnab. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mencari ilmu tentang cara-cara untuk menternak arnab. beliau juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, malah beliau juga adalah antara usahawan yang berjaya dalam Amanah Ikhtiar di Felda Nenering. Alhamdulillah kini penternakan beliau sudah memasuki fasa kedua, dan juga sudah menghasilkan hampir beratus ekor arnab.

 


CELIT IT

Nama : Aziq Aiman Bin Saharuddin
Umur : 12 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sek Keb Felda Lepang Nenering. Mempunyai 2 adik beradik dan tinggal bersama neneknya di Felda Nenering.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah atau pun di sekolah bersama kawan-kawanya. Beliau langsung tidak mengetahui asas-asas penggunaan komputer kerana di rumah tidak mempunyai keperluan untuk beliau mempelajari tentang komputer.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula datang ke Pusat Internet mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft word dll. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui online. Beliau aktif datang ke Pusat Internet bersama kawan – kawannya untuk belajar Beliau juga seorang ahli yang aktif di Pusat Internet dengan sikapnya yang ringan tulang.