PERNIAGAAN

Nama : Nor Azizah Binti Md Saad
Umur : 48 tahun
Ahli : 2015


Latar belakang :

Puan Azizah adalah seorang anak peneroka yang telah lama menetap di Kawasan Felda Nenering. Beliau mempunyai 4 orang anak, 3 daripadanya sudah bekerja dan seorang lagi masih bersekolah. Beliau mempunyai minat yang mendalam tentang dunia masakan dan dunia perniagaan. Dengan minat itu, beliau sudah membuka kedai makan di sekitar Felda Nenering ini sudah mencapai 15 tahun.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau hanya menjual secara offline iaitu dengan cara pelanggan datang ke gerai untuk membeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau mula menceburkan diri untuk mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Beliau juga memulakan perniagaan secara dalam talian menggunakan aplikasi Whatsaap. Beliau juga sering datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan olehPusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti. Selain gerai makan, beliau juga mengambil tempahan masakan (katering) untuk pelbagai majlis. Beliau mempromosikan iklan perniagaan beliau menggunakan pamplet dan juga mempromosikan di lama  sosial (facebook) . Kini beliau sudah mempunyai 2 orang pekerja di bawah jagaan beliau.