PERNIAGAAN

Nama : Amsiah Binti Abdul Rahman
Umur : 55 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Amsiah adalah seorang surirumah dan suaminya seorang peneroka yang telah lama menetap di Kawasan Felda Lepang Nenering. Beliau merupakan seorang penerokawati yang mempunyai minat dalam bidang ternakan. Beliau telah menternak kambing, itik angsa, ayam kampung di sekitar kawasan rumah beliau,

Beliau mempunyai minat dalam perniagaan. Beliau juga telah mendaftar sebagai ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mengembangkan lagi perniagaan haiwan ternakan  beliau. Dengan minat itu, beliau sudah Berjaya menternak kambing daripada sedikit sehingga sudah membiak hingga ke 100 ekor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Pada permulaannya, beliau hanya menjual secara offline iaitu dengan cara pelanggan datang ke ladang ternak untuk melihat, memilih dan seterusnya membeli kambing beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan Felda Nenering, beliau telah datang dan mendaftar sebagai ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Seterusnya beliau mula belajar menggunakan aplikasi whatapps untuk perniagaan beliau. Ekoran daripada itu, beliau mula menyertai kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menggunakan sebaiknya perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk komuniti setempat. Kini beliau mula mempromosikan iklan perniagaan beliau menggunakan sosial facebook . Kini beliau sudah mempunyai hampir 100 ekor kambing di bawah jagaan beliau.