BERNIAGA

Nama : Rohaya Bin Yaakob
Umur : 35 tahun
Ahli : 2018


Latar Belakang :

Puan Rohaya adalah seorang pekerja kilang, pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk beliau menampung kehidupan yang beliau jalani kini.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, Beliau hanyalah berniaga di rumah dan di laman social sahaja. Dan beliau juga tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan, program usahawan yang diadakan di pusat internet. Kini perniagaan beliau sudah mula maju, selain berniagaan barang barang kosmetik, beliau juga membuat jualan makanan makanan basah seperti nasi ayam, ais kacang dll.


PERNIAGAAN IKS

Nama : Mohamad Ayob Bin Yaakob
Umur : 44 tahun
Ahli : 2018


Latar Belakang :

Seorang Peniaga pasar malam.


Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Seorang yang rajin dalam bidang perniagaan dan ingin mencuba pelbagai jenis perniagaan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Pada mulanya beliau hanya berniaga di rumah sahaja. Setelah mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas usahawan yang diadakan di Pusat Internet dan kelas kelas yang lain juga. Beliau belajar dalam membuat Facebook, cara menjana pendapatan melalui online dll. Beliau kini menjadi usahawan Pusat Internet dengan menjual makanan yang digemari komuniti.



PERNIAGAAN IKS

Nama : Rosliza Binti Hamdi
Umur : 35 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang :

Puan Rosliza Binti Hamdi pada mulanya hanya seorang surirumah. Tetapi beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan apabila selalu menyertai kawan-kawan dalam menyediakan perkhidmatan catering apabila ada permintaan. Selepas beberapa tahun beliau mula membuat inisiatif sendiri untuk mndapatkan duit lebih dengan membina catering sendiri dengan bantuan suami dan keluarga terdekat.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan di sekitar kawasan setempat dan sekitar Pengkalan Hulu sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet (PI) untuk melayari internet serta ingin meluaskan perniagaan beliau ke kawasan yang lebih luas. Beliau mula membina laman sosial sendiri dan petugas PI juga membantu beliau untuk mempunyai alamat emel sendiri untuk urusan perniagaannya. Selain itu, petugas PI juga menunjukan kepada beliau cara untuk memasukkan produk beliau ke laman sosial seperti Facebook disamping menggunakan aplikasi dashboard (myshop).


PEMBELAJARAN ICT

Nama : Muhammad Harith Haziq Bin Mohd Hidzir
Umur : 8 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang :

Muhammad Harith Haziq Bin Mohd Hidzir merupakan seorang pelajar darjah 2 di Sekolah kebangsaan Felda Lepang Nenering.Beliau Seorang pelajar yang agak pemalu dan kurang bergaul dengan rakan-rakan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Pada awalnya beliau merupakan seorang budak lelaki yang serba tidak tahu tentang penggunaan komputer walaupon berkaitan asas komputer dan perkakasan komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Setelah mendapat bimbingan daripada petugas di Pusat Internet (PI), kini beliau sudah agak mahir menggunakan komputer, beliau juga sering mengikuti kelas-kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Internet. Selain itu, dengan adanya Pusat Internet, beliau sudah dapat meningkatkan pencapaian beliau dalam bidang akademik dan dapat melatih diri menggunakan internet dengan bijak dan berhemah selain dapat menyesuaikan diri dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya.


PERNIAGAAN IKS

Nama : Nor Fadilah Binti Leman
Umur : 26 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang :

Puan Nor Fadilah Binti Leman.Seorang surirumah. Beliau membuat inisiatif untuk mndapatkan duit lebih dengan menjadi agen menjual pewangi Flerr dana gen menjual pakaian dari jenama Sabella.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau hanya menjual di kalangan jiran-jiran terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet (PI) untuk melayari internet serta ingin meluaskan perniagaan beliau ke laman sosial. Selain itu, petugas PI juga menunjukan kepada beliau cara untuk memasukkan produk beliau ke laman sosial seperti Facebook disamping menggunakan aplikasi dashboard (myshop).