PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nurul Iza Husna Binti Abd Wahab
Umur : 30 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Iza adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Suami nya berkerja sebagai peneroka. Beliau ingin membantu suaminya dalam menjana pendapat sendiri untuk meringankan beban keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau hanya melihat kawan-kawan yang berniaga secara kecil kecilan secara secara off line dan on line. Ekoran daripada keadaan itu,  beliau mula berminat untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan,program usahawan dan kelas kelas yang berkaitan perniagan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga minyak bidara menjadi dropship, selain itu beliau juga menjual makanan basah seperti kuih muih. Beliau mengambil tempahan disekitar kawasan terdekat. Perniagaan beliau juga mendapat sambutan dari penduduk setempat.


PEMBELAJARAN

Nama     : Muhammad Aqil naqib Bin Mahyudin
Umur : 9 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Merupakan seorang pelajar darjah 3 Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Merupakan pelajar yang menurut kata dan rajin di sekolah. Beliau juga rajin ke Pusat Internet untuk belajar melalui atas talian dan selalu menerokai pelajaran melalui laman-laman web pembelajaran atas talian secara percuma.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Hanya belajar secara manual menggunakan buku yang disediakan oleh sekolah dan yang dibeli oleh ibu bapanya.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sangat aktif dalam melibatkan diri dengan apa jua bidang yang diadakan oleh Pusat Internet. Jika berkelapangan dan cuti sekolah beliau akan ke Pusat Internet untuk membuka web pelajaran untuk mengulangkaji palajaran secara online.

 


PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nor Ainon Binti Amir Hamzah
Umur : 28 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang :

Puan Ainon adalah seorang suri rumah tabgga sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang anak. Pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk beliau menampung kehidupan yang beliau jalani kini kerana hanya suami sahaja yang bekerja.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan dan tidak pernah terfikir untuk membantu pendapatan keluarganya.Dari sehari ke sehari beliau datang ke Pusat Internet, beliau sedar akan peluang yang ada untuk membantu keluarga.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan, program usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Permulaannya beliau menjual kepada kawan-kawan terdekat tetapi kini beliau mula aktif berniaga di laman sosial yang sebelum ini digunakan untuk bersosial semata mata. Kini beliau sedar beliau dapat menjana pendapatan dengan mudah di samping dapat menguruskan hal rumah tangga dalam masa yang sama.

 


PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nor Fadilah Binti Leman
Umur : 27 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Fadilah merupakan suri rumah tabgga sepenuh masa. Beliau mempunyai seorang anak. Suami beliau adalah pekerja di pengurusan Felda Nenering 2.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau seorang yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menghabiskan masa lapang yang ad ajika suami beliau keluar bekerja dan setelah selesai kerja di rumah. Beliau pada mualanya hanya mempunyai ilmu asas dalam bidang komputer. Dari sehari ke sehari beliau datang ke Pusat Internet, beliau semakin mahir menggunakan komputer. Seterusnya beliau mula sedar akan peluang yang ada untuk membantu keluarga.


Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengetahui pelbagai kelas dan kemahiran boleh disertai di Pusat Internet, beliau mula menyertai kelas perniagaan, program usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Permulaannya beliau menjual kepada kawan-kawan terdekat tetapi kini beliau mula aktif berniaga di laman sosial yang sebelum ini digunakan untuk bersosial semata mata. Kini beliau sedar beliau dapat menjana pendapatan dengan mudah di samping dapat menguruskan hal rumah tangga dalam masa yang sama.

 


PEMBELAJARAN ICT

Nama : Nur Amirah Farhana BInti Marhalim
Umur : 13 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang :

Merupakan seorang pelajar tingkatan 1 yang sangat rajin belajar melalui online dan selalu menerokai pelajaran melalui online.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Hanya mempelajari pelajaran menggunakan buku yang disediakan oleh sekolah dan yang dibeli oleh ibu bapanya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sangat aktif dalam melibatkan diri dengan apa jua bidang yang diadakan oleh Pusat Internet. Setiap ada masa lapang, beliau akan ke Pusat Internet untuk membuka web pelajaran untuk mengulangkaji palajaran secara online.