Nama : Nur Iman Zakiah Binti Mohd Sidi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar darjah 6 yang sangat rajin dan lemah lembut. Beliau merupakan anak peneroka Felda Nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau tidak mempunyai asas-asas tentang komputer memandangkan kemudahan untuk belajar komputer tiada di rumah.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula mengikut rakan-rakannya datang ke Pusat Internet untuk menyertai kelas yang diadakan oleh petugas Pusat Internet. Beliau mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet dan sering datang ke sini untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Petugas di Pusat Internet. Kini beliau sudah agak mahir menggunakan komputer dan sering mengulangkaji pelajaran secara dalam talian di Pusat Internet.