PERNIAGAAN

Nama : Mohd Farid Bin Baharudin 
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang :

Encik Mohd Farid adalah seorang petugas di Felda Neneirng 2 (FGV). Dengan bakat yang sangat mendalam di bidang perniagaan beliau telah membuka kedai makan secara sambilan setelah tamat waktu bekerja  bersebelahan rumah beliau di sekitar felda nenering ini dinamakan kedai beliau dengan  "GERAI MEE UG". Pelbagai menu masakan yang ada di gerai beliau seperti Bihun Sup, Kotiaw sup, Bakso, Mee kolok, Goreng Pisang serta Minuman sejuk dan panas. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya menjual secara offline dengan kedatangan pelanggan ke gerai beliau setiap hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau mula menceburkan diri untuk mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet. Beliau juga memulakan perniagaan secara dalam talian melalui facebook dan aplikasi Whatsaap untuk membuat hebahan pesanan kepada pelanggan. Beliau juga sering ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan yang tersedia di Pusat Internet. Kini beliau sudah membuat menu tambahan iaitu Nasi Kandaq UG, Nasi Daging UG. Beliau juga mengambil tempahan untuk pelbagai majlis. Kini pendapatan beliau juga sudah meningkat naik dan dapat mengambil pekerja yang ramai.