LOKASI FELDA LEPANG NENERING 1

Felda Nenering ini terletak di kawasan Pengkalan Hulu. Jarak di antara Pekan Pengkalan Hulu dan Felda Nenering ini ialah lebih kurang 10 kilometer. Felda Nenering ini adalah satu- satunya Felda yang terdapat di dalam kawasan Pengkalan Hulu. 

POPULASI PENDUDUK

Jumlah bilangan rumah di kawasan Felda Nenering ini terdapat sebanyak 140 biji rumah dan jumlah penduduk tanah rancangan Felda Nenering seramai 772 orang. Terkini rumah untuk kumpulan generasi kedua akan bakal dibina untuk anak anak yang menetap dan bekerja di Felda Nenering.

Senarai Nama Ahli Parlimen/ Adun Kawasan / Ahli Jawatankuasa Felda Nenering 1

JAWATAN NAMA
AHLI PARLIMEN YB Tuan Fathul Huzir Bin Ayob
ADUN KAWASAN YB Mohamad Amin Bin Roslan
KETUA KAMPUNG En Mat Ishak bin Che Din
PENGERUSI MASJID En Hassanudin Bin Hashim
PENGURUS FELDA NENERING 1 En Mohd Hassan bin Ismail

 

 

 *Sumber dari pejabat felda nenering 1