SEJARAH FELDA NENERING 1

Tanah rancangan FELDA Nenering mula diterokai oleh peneroka FELDA pada sekitar tahun 1985. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah.Disebabkan kawasan FELDA Nenering dikatakan sebagai kawasan hitam, mereka telah membuat kawasan sempadan dan membawa anggota askar seramai 80 orang termasuk askar yang besara untuk memantau kawasan tersebut.Apabila keadaan di kawasan itu terkawal, pada awal bulan 10 tahun 1989, peneroka awam mula dibawa masuk dan mula meneroka kawasan tersebut dan memulakan penempatan di FELDA Nenering.Kini sebanyak 140 orang peneroka yang menetap di kawasan FELDA Nenering serta terdapat rumah- rumah kerajaan dibina di dalam kawasan FELDA Nenering ini.

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                   

 

*Sumber dari Ketua Kampung Felda Nenering