Nama : Farah Hanim Binti Arbayin
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang :

Puan Farah Hanim Binti Arbayin berumur 32 tahun. Seorang suri rumahtangga. Merupakan ibu kepada 3 cahaya mata. Suami beliau merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Beliau merupakan anak peneroka generasi pertama di Felda Lepang Nenering ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau seorang yang mudah mesra. Aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas boleh disertai secara percuma daripada komuniti sekeliling. Ekoran daripada itu, beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menyertai pelbagai kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas menjadi ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), beliau menyertai pelbagai kelas seperti,program usahawan, kelas mengedit gambar produk dan kelas-kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga dengan menjadi dropship barangan kosmetik yang pelbagai.