Nama : Shuhada Binti Shuib
Umur : 32 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Shuhada Binti Shuib yang lebih dikenali dengan panggilan Intan di Felda Lepang Nenering ini berasal dari Sungai Petani, Kedah. Setelah beliau berkahwin dengan anak peneroka Felda Lepang Nenering, beliau mengikut suaminya untuk menetap di sini. Beliau mempunyai tiga orang anak. Suami beliau berkerja sebagai peneroka di Ladang Felda Lepang nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Beliau seorang yang aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau sering bergaul dengan kawan-kawan yang aktif berniaga. Daripada situasi itu, beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas boleh disertai secara percuma. Ekoran daripada itu, beliau mula datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan menyertai pelbagai kelas yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :

Selepas mengenali Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) , beliau menyertai pelbagai kelas perniagaan,program usahawan dan kelas-kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga dengan menjadi dropship barangan kosmetik. Antara produk yang beliau mula berniaga adalah seperti produk-produk daripada Annona seperti set penjagaan dan rawatan muka dan vitamin C Cebion, agen sah produk mybidara. Selain itu, beliau seterusnya menjadi dropship untuk lipmatte daripada jenama Sobella. Seterusnya beliau mula berjinak untuk menjual pakaian seperti telekung dan mula membuat dan menjual biskut samperit. Terkini beliau mula berjinak dalam perniagaan Coway Malaysia.