Nama : Azim Mirza Bin Auzani
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar darjah 6 yang sangat rajin dan lemah lembut. Mempunyai 2 beradik sahaja yang masih belajar di SK Felda Lepang Nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah dan  di sekolah bersama kawan-kawanya. Beliau hanya mengetahui asas-asas penggunaan komputer sahaja. Untuk belajar yang lebih mendalam seperti belajar secara online beliau tidak mempunyai internet untuk melayarinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula datang ke Pusat Internet mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft Word dan lain-lain. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui atas talian. Beliau aktif datang ke Pusat Internet bersama kawan - kawannya untuk belajar Beliau juga seorang ahli yang aktif di Pusat Internet dengan sikapnya yang ringan tulang.