Majlis Bina Target & Akujanji Murid Tahun 6


Tarikh : 03 Februari 2016
Hari : Jumaat
Masa : 10. 50-12. 00 t/hari
Tempat : Bilik Gerakan SK Felda Lepang Nenering

AKTIVITI SEKOLAH

" TUITION PELAJAR SEKOLAH RENDAH DI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) "

Tuition Ini dijalankan pada setiap hari jumaat dan sabtu di Bilik Training Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Nenering 1. Tuition ini dijalankan atas kerjasama antara guru besar sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering 1 iaitu En. Mohd Rudy Bin Mansor dan guru guru lain. Pada hari Jumaat untuk Darjah 6 sahaja bermula jam 3 petang hingga 5 petang, manakala Darjah 4 dan 5 pada hari sabtu bermula jam 9.30 pagi hingga 12 Tengah Hari

PENDIDIKAN

Sekolah Menengah Kebangsaaan Tun Saban, Pengkalan Hulu

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban terletak di kawasan Pengkalan Hulu dan jarak antara kampung Felda Nenering ialah kira-kira 15 kilometer. Kebanyakan penduduk Felda Nenering  belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban kerana sekolah ini satu- satunya sekolah menengah yang terdekat dengan kampung Felda Nenering.

Tarikh Pembukaan  : Tahun 1963
Alamat :Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban,33100 Pengkalan Hulu Perak Darul Ridzuan.
Telefon : 04-4778245

Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering

Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering ini terletak di dalam kawasan Felda Lepang Nenering ini. Sekolah ini adalah satu- satunya sekolah rendah yang dibina di dalam kawasan Felda Lepang Nenering. Kebanyakan pelajar sekolah ini merupakan penduduk kawasan Felda Lepang Nenering. Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering mula beroperasi seawal tahun 1985.

 

 

 

 

*Sumber dari Pejabat Felda Nenering 1