PEMBELAJARAN ICT

Nama : ALISSA DANIA BINTI YUSRI
Umur : 12 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang

Alissa Dania Binti Yusri seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Beliau merupakan seorang anak tunggal, dan seorang pelajar yang rajin mempelajari ilmu ilmu yang baru dan berperangai sentiasa ingin tahu.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Beliau tidak minat belajar dalam bidang komputer atau belajar tentang laman Web Online.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan adanya sikap sentiasa ingin tahu, suatu hari beliau datang ke Pusat Internet bersama kawan kawannya untuk menghadiri kelas yang diadakan di PI, dari situ beliau sudah tertarik dengan penyediaan dan kelengkapan ICT yang terdapat di PI. Beliau sudah mula sering ke PI untuk belajar pelbagai kemudahan yang tersedia di PI untuk menambah ilmu pengetahuan. Kini beliau tidak lagi 'Buta ICT'.


USAHAWAN IKS

Nama : NorAzizah Binti Md. Saad
Umur : 49 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Norazizah seorang usahawan yang Berjaya di Felda Nenering. Beliau membuka kedai makan sudah hampir lebih 10 tahun disamping membuat bisnes catering dikawasan kawasan terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau hanya ke Cyber Centre di Pengkalan Hulu untuk membuat surat, kertas kerja, mahupun untuk mencari resepi baru untuk memajukan kedai makan serta katering yang dibuat oleh beliau dan pekerjanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pusat Internet ditubuhkan, dan beliau menjinakkan diri di Pusat Internet dengan mula mendaftar sebagai Ahli Pusat Internet. Selain itu beliau juga sudah tidak susah payah untuk keluar ke Pengkalan Hulu untuk mencari maklumat yang beliau inginkan kerana Pusat Internet sudah menyediakan semua secara percuma. Kini Beliau juga sudah menjadi Ahli tetap Pusat Internet dan menjadi ahli usahawan di Pusat Internet bersama kelab Amanah ikhtiar Malaysia dan menyetai kelas yang diadakan pada setiap minggu di Pusat Internet.


Usahawan IKS

Nama : Faridah Binti Mohamad Saaid
Umur : 54 tahun
Ahli : 2014


 

Latar belakang

Pn.Faridah seorang peneroka Felda Nenering 1 yang asalnya seorang surirumah sahaja. Beliau mempunyai 5 orang anak dan antaranya 3 orang masih sambung belajar dan bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan Ict, beliau hanyalah mengharapkan pendapatan suaminya yang hanya seorang peneroka yang membuat kerja ladang di Felda Nenering 1. Beliau sering datang ke Pusat Internet menghadiri kelas kelas yang disediakan oleh Pusat Internet setiap mimggu.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah mula menjinakkan diri ke pusat internet dan mendapat idea untuk membuat perniagaan kecil kecilkan dengan bakatnya seorang yang suka memasak. Beliau bermula dengan mengambil tempahan kuih muih untuk pelbagai majlis. Perniagaan beliau mendapat sambutan, dan kini beliau meneruskan pula dengan mengambil tempahan yang agak berat iaitu catering membuat masakan tengahari atau masakan untuk majlis yang sederhana kecil. Selain membuat perniagaan makanan, beliau jugak membuat sewaan kain alas meja untuk kenduri, membuat kraf tangan untuk hantaran kawin dll. Beliau juga sudah mempunyai pendapatan sendiri untuk membantu suaminya.


Usahawan IKS

Nama : NorAinon Binti Amir Hamzah
Umur : 28 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Ainon seorang surirumah tangga sepenuh masa. Beliau memilih untuk tidak bekerja kerana mahu tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Suami dan anak anak beliau. Beliau mempunyai 4 orang anak dan 3 diantaranya sudah bersekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memang mempunyai minat dalam bidang perniagaan secara dalam talian, tetapi malu untuk mencuba kerana risau akan tiada pembeli jika beliau menjual sesuatu produk kerana tidak tahu akan cara untuk berniaga secara atas talian.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada satu hari, Pusat Internet membuat program untuk usahawan usahawan kecil yang ingin menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Dengan minat yang ada, pihak pusat internet telah membuat iklan dan beliau menghadiri program tersebut. Setelah itu, beliau mula menceburi diri dalam bidang berniaga dengan menjual air secara atas talian atas niat ingin membantu suaminya menjana pendapatan untuk keluarga. Hasilnya, perniagaan beliau laris dengan mempromot melalui laman sosial Facebook. Yang mana berdekatan beliau membuat penghantaran ke rumah. Hasil pendapatan beliau agak memuaskan untuk usahawan yang baru mula berniaga seperti beliau.

 


Perniagaan Online & Offline

Nama : Azieda Binti Ahmad
Umur : 30 tahun
Ahli : 2016

 



Latar belakang

Puan Azieda seorang pekerja kerani yang mempunyai perniagaan atas talian secara kecil kecilan. Beliau mempunyai seorang anak. Beliau menceburi bidang perniagaan atas talian ini untuk membantu suaminya meringankan beban perbelanjaan dengan kos sara hidup yang makin tinggi pada masa kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya berniaga sambilan melalui telefon bimbit dan tidak tahu asas asas dalam perniagaan atas talian. Beliau mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet untuk mengikuti kelas usahawan yang diadakan oleh pusat internet pada setiap minggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah serba sedikit mengetahui tentang asas perniagaan atas talian, cara cara melayan pelanggan di facebook, cara menjana pendapatan yang lebih. Alhamdulillah kini pendapatan beliau mampu membantu suaminya dalam perbelanjaan harian keluarga kecil beliau.