PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama : Noriah Binti Ibrahim
Umur : 56 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang :

Puan Noriah Ibrahim adalah penerokawati di Felda Lepang Nenering dan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau seorang yang sangat kreatif  dan mempunyai bakat dalam bidang menghias.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali kewujudan Pusat Internet beliau hanya berniaga di sekitar kawasan rumah dan dikawasan sekitar kampung felda nenering dan mencari pendapatan secara offline.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet dari program seperti hari komuniti, hari kesihatan yang diadakan di Pusat Internet, beliau telah tertarik dengan apa yang disediakan oleh pusat internet contohnya aplikasi dashboard Myshop yang membolehkan beliau memasukkan produk ke dalam aplikasi myshop untuk dijual. Selain itu, beliau juga sering ke Pusat Internet untuk belajar ICT, menghadiri program dan kelas usahawan supaya beliau boleh menjual secara online seperti di laman sosial (facebook). Kini beliau sudah serba sedikit belajar menjana pendapatan secara dalam talian.


Nama     : Intan Nurul Syahira Binti Abdullah
Umur : 11 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Intan merupakan pelajar tahun 5 di Sek Keb Felda Lepang Nenering. Mempunyai 4 adik beradik dan merupakan pelajar yang baik di sekolah dan disayangi guru – guru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah atau pun di sekolah bersama kawan-kawanya. Tidak pandai dalam menggunakan komputer, malahan untuk menaip menggunakan komputer beliau juga tidak tahu.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Beliau mula datang ke Pusat Internet mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft word dll. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui online. Beliau aktif datang ke Pusat Internet bersama kawan – kawannya untuk belajar.


Nama     : Muhamad Haikal Bin Jamil
Umur : 9 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang :

Merupakan seorang pelajar darjah 2 Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Merupakan pelajar yang mendengar kata dan rajin di sekolah. Beliau juga rajin ke Pusat Internet untuk menyertai kelas-kelas pembelajaran yang diadakan oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Hanya belajar secara manual menggunakan buku yang disediakan oleh sekolah dan yang dibeli oleh ibu bapanya.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Sangat aktif dalam melibatkan diri dengan apa jua program dan kelas yang diadakan di Pusat Internet oleh petugas. Jika berkelapangan dan cuti sekolah beliau akan ke Pusat Internet untuk membuka web pelajaran untuk mengulangkaji palajaran secara online sama ada sendiri atau bersama rakan-rakan lain.


PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Mashitah Binti Mohd Khadri
Umur : 29 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang :

Puan mashitah adalah merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak kecil, Beliau mempunyai bakat dalam membuat pin tudung Homemade. Pelbagai corak yang menarik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali kewujudan Pusat Internet beliau hanya berniaga di sekitar kawasan rumah beliau dan mencari pendapatan dengan secara offline.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet dari program usahawan yang diadakan oleh pusat internet, beliau perhalan-lahan belajar dan terus belajar di pusat internet bukan sahaja mengikuti program, malah beliau juga rajin datang mempelajari kelas ICT untuk mengetahui asas-asas komputer untuk beliau memajukan perniagaan kecil –kecilan beliau.


PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Shuhada Binti shuib
Umur : 30 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Puan Shuhada yang lebih dikenali dengan panggilan Intan berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau berkahwin dengan anak peneroka Felda Lepang Nenering dan menetap di sini selepas berumah tangga. Beliau mempunyai dua orang anak. Suami beliau berkerja sebagai peneroka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau seorang yang aktif menyertai program-program bersama komuniti di Felda Lepang Nenering. Beliau sering bergaul dengan kawan-kawan yang aktig berniaga. Daripada situasi itu, beliau telah mngetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet dan pelbagai program usahawan dan kelas-kelas untuk disertai secara percuma. Ekoran daripada keadaan itu,  beliau mula berminat untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan,program usahawan dan kelas kelas yang berkaitan perniagaan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga dengan menjadi dropship. Antara produk yang beliau mula berniga adalah seperti produk-produk daripada Annona seperti set penjagaan dan rawatan muka dan vitamin C Cebion. Selain itu, beliau seterusnya menjadi dropship untuk lipmatte daripada jenama Sobella.Dan sekarang beliau mula berjinak untuk menjual pakaian seperti telekung dan mula menjual biskut samperit.