Nama : Nur Iman Zakiah Binti Mohd Sidi
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar darjah 6 yang sangat rajin dan lemah lembut. Beliau merupakan anak peneroka Felda Nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau tidak mempunyai asas-asas tentang komputer memandangkan kemudahan untuk belajar komputer tiada di rumah.

 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula mengikut rakan-rakannya datang ke Pusat Internet untuk menyertai kelas yang diadakan oleh petugas Pusat Internet. Beliau mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet dan sering datang ke sini untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Petugas di Pusat Internet. Kini beliau sudah agak mahir menggunakan komputer dan sering mengulangkaji pelajaran secara dalam talian di Pusat Internet.


PERNIAGAAN

Nama : Mohd Farid Bin Baharudin 
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang :

Encik Mohd Farid adalah seorang petugas di Felda Neneirng 2 (FGV). Dengan bakat yang sangat mendalam di bidang perniagaan beliau telah membuka kedai makan secara sambilan setelah tamat waktu bekerja  bersebelahan rumah beliau di sekitar felda nenering ini dinamakan kedai beliau dengan  "GERAI MEE UG". Pelbagai menu masakan yang ada di gerai beliau seperti Bihun Sup, Kotiaw sup, Bakso, Mee kolok, Goreng Pisang serta Minuman sejuk dan panas. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya menjual secara offline dengan kedatangan pelanggan ke gerai beliau setiap hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau mula menceburkan diri untuk mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet. Beliau juga memulakan perniagaan secara dalam talian melalui facebook dan aplikasi Whatsaap untuk membuat hebahan pesanan kepada pelanggan. Beliau juga sering ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan yang tersedia di Pusat Internet. Kini beliau sudah membuat menu tambahan iaitu Nasi Kandaq UG, Nasi Daging UG. Beliau juga mengambil tempahan untuk pelbagai majlis. Kini pendapatan beliau juga sudah meningkat naik dan dapat mengambil pekerja yang ramai.


Nama : Azim Mirza Bin Auzani
Umur : 12 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang :

Beliau merupakan pelajar darjah 6 yang sangat rajin dan lemah lembut. Mempunyai 2 beradik sahaja yang masih belajar di SK Felda Lepang Nenering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau hanya belajar secara manual di rumah dan  di sekolah bersama kawan-kawanya. Beliau hanya mengetahui asas-asas penggunaan komputer sahaja. Untuk belajar yang lebih mendalam seperti belajar secara online beliau tidak mempunyai internet untuk melayarinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau mula datang ke Pusat Internet mengikut kawan-kawannya dan mengikuti kelas ICT dengan mempelajari komputer, asas-asas Microsoft Word dan lain-lain. Kini beliau sudah pandai menggunakan komputer dan rajin mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pembelajaran melalui atas talian. Beliau aktif datang ke Pusat Internet bersama kawan - kawannya untuk belajar Beliau juga seorang ahli yang aktif di Pusat Internet dengan sikapnya yang ringan tulang.


PERNIAGAAN

Nama : Nor Fadila Binti Leman 
Umur : 28 tahun
Ahli : 2016


Latar belakang :

Puan Fadila tinggal di Kawasan Felda Nenering dan seorang surirumah yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Dengan bakat dan minat untuk berniaga, beliau mula menjadi dropship kepada produk kecantikkan & kesihatan, menjual pakaian kanak-kanak, makanan kering seperti pekasam daging dan dijual disekitar kawasan rumah beliau sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau mula menceburkan diri untuk mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet dan mula menyertai kelas kelas yang diadakan oleh petugas Pusat Internet. Beliau merupakan usahawan IKS dalam kawasan felda nenering ini. Kini pendapatan beliau sudah meningkat dan dapat mencapai target yang beliau inginkan.



PERNIAGAAN

Nama : Siti Fairus Binti Othman
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang :

Puan Siti Fairus adalah seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak kecil yang masih bersekolah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya. Dengan bakat yang ada pada diri beliau, beliau telahpun mencuba melibatkan diri dalam bidang perniagaan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau adalah seorang usahawan IKS di sekitar kawasan Felda Nenering, beliau juga telah menyertai kelab amanah ikhtiar untuk usahawan iks yang ingin menjayakan perniagaan mereka. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mencari pelbagai maklumat tentang perniagaan, selain itu juga, beliau membuat kertas kerja menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Interrnet. Kini beliau sudah Berjaya dalam bidang berniaga dan serba sedikit dapat membantu suami dalam kehidupan harian keluarga kecil mereka.