Pembelajaran ICT

Nama : Nurul Fatehah Binti Mat Ishak
Umur : 20 tahun
Ahli : 2016



Latar belakang

Nurul Fatehah baru sudah menamatkan zaman persekolahnya dan kini sedang dalam mencari tempat untuk sambung belajar dan mencari kerja sambilan, tetapi beliau masih tidak mengetahui tentang komputer atau ict.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau memang tidak tahu asas dalam ict. Asas Microsoft Office dan sebagainya. Beliau mula mendaftar menjadi ahli pusat internet dan menghadiri kelas yang diadakan secara percuma di pusat internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadiri kelas yang diadakan di pusat internet, kini beliau sudah mengetahui cara menggunakan Microsoft Office, cara mencari maklumat di internet dan pelbagai lagi. Beliau juga sudah mempunyai sijil ICT yang dikeluarkan oleh Pusat Internet.


Perniagaan Online & Offline

Nama : SYAZWANIZAT BIN ZULKAFLI
Umur : 26 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

En. Syazwanizat seorang pekerja kampung yang bergaji kecil, tetapi semangat yang tinggi mahu membantu keluarga untuk mencari pendapatan yang lebih. Dengan minat dan bakat yang ada, beliau mula perlahan lahan menjinakkan diri dalam bidang perniagaan atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan Ict, beliau hanyalah berharapkan kepada gaji kerja hakiki beliau sepenuhnya untuk menyara keluarga kecilnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah mula menjinakkan diri dilaman sosial, dan pendapatan bulanan beliau juga meningkat walaupun tidak banyak , tetapi cukup memadai bagi peniaga kecil seperti beliau.


Pembelajaran Internet Online

Nama : MOHAMAD HAKIM BIN JAMIL
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Muhamad hakim Seorang pelajar Sk Felda nenering 1. Beliau merupakan anak kedua dari 3 beradik yang baru kehilangan ayah tercinta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menglibatkan diri dalam mempelajari kemudahan yang disediakan di Pusat Internet, beliau suka bermain dengan kawan kawan dan tidak mementingkan pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mendaftar menjadi Ahli PUsat Internet Felda Nenering, beliau mula mengikuti kelas yang PI adakan seperti kelas Microsoft office, cara membuat emai dan dll. Setiap kelas yang diadakan beliau tidak akan terlepas kerana minat yang mendalam untuk mahir dalam komputer.


Perniagaan Atas Talian

Nama : NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD NAPIAH
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

 


Latar belakang

Puan asyikin seorang anggota Rela yang bertugas di Pejabat Rela Pengkalan Hulu. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tetapi kerana kekangan masa, beliau tidak sempat untuk menceburi bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya melihat kawan kawan yang berniaga dan mengambil pengalaman dari kawan kawan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke Pusat Internet dan ingin memasuki kelas kelas yang Pusat Internet Jalankan untuk para usahawan kecil kecilan. Dari situ beliau mula mengeluarkan minat yang ada, dan memulakan bisnes kosmetik (menjual barang barang makeup). Alhamdulillah, hasil minat beliau, beliau dapat menambah pendapatan keluarganya.


BELAJAR INTERNET

Nama : Puan Norshah Ani Binti Ishak
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norshahani seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tinggal agak berjauhan dengan Pusat Internet yang agak menyukarkan beliau mempelajari dan menikmati kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menglibatkan diri dalam mempelajari kemudahan yang disediakan oleh Pusat internet, beliau memang sudah lupa cara menggunakan komputer, facebokk dll kerana sudah lama meninggalkan bidang ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mendaftar menjadi Ahli Pusat Internet Felda Nenering, beliau mula mengikuti kelas yang PI adakan seperti kelas Microsoft office, cara membuat emai dan dll. Setiap kelas yang diadakan beliau tidak akan terlepas kerana minat yang mendalam untuk mahir dalam komputer. Kini beliau sudah mempunyai akaun facebook sendiri dan email tersendiri hasil dari belajar di PI.