USAHAWAN PERNIAGAAN

Nama : Azizah Binti Md. Saad
Umur : 48 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn Azizah adalah seorang perniaga kedai makan yang terkenal di kawasan Felda Nenering 1. Beliau membuka kedai sudah melebihi 7 tahun dan perniagaan beliau Berjaya sehingga sekarang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan Ict, beliau tidak mengetahui apa apa tentang komputer, apatah lagi mahu menggunakan facebook dan laman sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Felda Nenering kerana terlibat dalam program dashboard komuniti, Beliau terbuka hati kerana melihat pelbagai system yang menarik di dalam dashboard komuniti. Setelah itu, petugas mengwarwarkan beliau dengan menghadiri kelas usahawan dan kelas computer yang diakan di PI secara. Beliau sering berkunjung ke pi1m untuk memuatnaik perniagaan beliau kedalam system dashboard. Selain itu, beliau juga sering mencari resepi resepi melalui google untuk menambah menu baru di gerai beliau. Kini perniagaan beliau semakin Berjaya.

 


USAHAWAN KECIL

Nama : Nurhuda Binti Ishak
Umur : 25 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn.Nurhuda seorang pekerja Pusat Internet di Felda Nenering. Ingin mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan Ict, saya kurang mempromosikan kerjaya jurusolek kerana dirumah tiada internet untuk saya mengwarwarkan bakat saya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah saya mengenali Pusat Internet, dan saya sendiri bekerja disini, saya menggunakan kemudahan yang ada untuk mengwarwarkan kebolehan saya dan alhamdulillah ramai yang Nampak saya di facebook. Saya memuat naikkan hasil makeup saya di laman sosial dan ramai juga rakan rakan facebook yang mengambil saya sebagai jurumakeup mereka. Kini pendapatan sampingan saya sudah tidak seperti dahulu.


 


USAHAWAN PERNIAGAAN KECIL

Nama : Manisah Binti Mahmud
Umur : 31 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn. Manisah atau lebih dikenali dengan panggilan Chot dalam kalangan orang Felda Nenering merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tetapi sekarang beliau sudah mula berjinak dalam bidang perniagaan online /atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan beliau berniaga hanya dari mulut ke mulut dan jika ada yang membeli beliau akan menghantar ke rumah pelanggan / pembeli produk yang di jual. Tetapi hasil jualan sangat tidak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal tahun 2016 beliau telah datang ke PI dan terus mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Felda Nenering 1. Setelah menjadi ahli PI, beliau sering berkunjung ke PI dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan seperti kelas usahawan, Microsoft office dan sebagainya yang dijalankan di PI. Selain itu beliau mula belajar cara untuk memasarkan produk beliau di dalam talian seperti Facebook. Hal ini banyak membantu beliau untuk mendapatkan pendapatn yang lebih lumayan berbanding sebelumnya.

 


BELAJAR INTERNET

Nama : Nur Jannah BInti Zamri
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

-Norjannah baru sahaja menamatkan zaman persekolahan di tingkatan 5, dan sudah mendapat keputusan SPM yang bagus. Namun beliau agak lemah untuk mengendali dalam bidang komputer.Beliau bukanlah penduduk setempat, tetapi berusaha mencari PI1M untuk belajar tentang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali PI, beliau memang tidak tahu tentang penggunaan komputer, malah untuk menekan button start beliau tidak berani.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengenali PI dari ibu saudara beliau yang sudah menjadi ahli di PI Felda Nenering sejak tahun lalu. Pada awal 2017, ibu saudara beliau membawa beliau ke PI untuk mendaftar sebagai ahli PI Felda Nenering. Nor Jannah mula ke sini setiap minggu untuk mengikuti kelas kelas yang dijalankan oleh petugas PI. Setelah hamper 9 bulan mengenali ICT, kini beliau sudah pandai dalam pelbagai aspek dalam komputer seperti membuat email persendirian, menggunakan Microsoft office dll. Kami petugas PI amat gembira dengan perubahan yang beliau tunjukan.

 


USAHAWAN PENTERNAKAN

Nama : Aidil fauzi Bin Mad Saad
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En. Aidil seorang pertanian yang Berjaya setelah beberapa tahun beliau mengusahakan ladang ternakan beliau iaitu lembu, kambing dan burung unta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali ICT di PI, beliau hanya mencari maklumat penternakan melalui telefon bimbit sahaja. Dan hasil jualan tidaklah memuaskan hati bagi seorang perniaga seperti beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2016 beliau datang ke PI untuk menjadi ahli di Pusat Internet Felda Nenering 1. Setelah menjadi ahli PI, beliau mula selalu datang ke PI untuk mengikuti kelas usahawan yang dijalankan di PI. Selain mengikuti kelas usahawan, beliau juga belajar tentang cara menggunakan Microsoft office untuk memudahkan kerja harian beliau. Beliau sering mencari maklumat tentang cara cara untuk mengendali penternakan binatang dengan lebih baik. Beliau menyebarkan dan membesarkan empayar perniagaan beliau dilaman Facebook dan kini hasil jualan sudah mencapai target yang beliau impikan.