PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama : Nurul Iza Husna Binti Abdul Wahab
Umur : 30 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang :

Puan Nurul Iza seorang suri rumahtangga yang ingin berniaga secara kecil-kecilan berbekalkan bakat yang ada pada diri beliau. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau juga turut mempromosikan perniagaan kecil-kecilan beliau ke dalam laman sosial dan sering juga mendapat tempahan daripada penduduk setempat. Kini beliau dapat menambah pendapatan dengan perniagaan secara luar talian dan dalam talian(online), dapat juga membantu suami dalam menampung urusan kewangan keluarga.