PERNIAGAAN

Nama : Siti Fairus Binti Othman
Umur : 31 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang :

Puan Siti Fairus adalah seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak kecil yang masih bersekolah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya. Dengan bakat yang ada pada diri beliau, beliau telahpun mencuba melibatkan diri dalam bidang perniagaan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau adalah seorang usahawan IKS di sekitar kawasan Felda Nenering, beliau juga telah menyertai kelab amanah ikhtiar untuk usahawan iks yang ingin menjayakan perniagaan mereka. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mencari pelbagai maklumat tentang perniagaan, selain itu juga, beliau membuat kertas kerja menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Interrnet. Kini beliau sudah Berjaya dalam bidang berniaga dan serba sedikit dapat membantu suami dalam kehidupan harian keluarga kecil mereka.