PENTERNAKAN & PERNIAGAAN

Nama : Nurul Aina Binti Sufian
Umur : 35 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang :

Puan Nurul Aina seorang suri rumahtangga yang ingin berjaya dalam bidang penternakan. Beliau sangatlah meminati bidang ternakan dan perniagaan sejak dibangku sekolah lagi.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum ini, beliau telah mencuba pelbagai jenis ternakan namun hasilnya agak mengecewakan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau telah mendapat idea untuk menternak arnab. Beliau sering ke Pusat Internet untuk mencari ilmu tentang cara-cara untuk menternak arnab. beliau juga sering menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di Pusat Internet, malah beliau juga adalah antara usahawan yang berjaya dalam Amanah Ikhtiar di Felda Nenering. Alhamdulillah kini penternakan beliau sudah memasuki fasa kedua, dan juga sudah menghasilkan hampir beratus ekor arnab.