PENTERNAKAN & PERNIAGAAN

Nama : Kursiah Binti Mohd Yusof
Umur : 32 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang :

Puan Kursiah adalah seorang surirumah. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengenali ict di sekitar komuniti Felda Nenering, beliau hanya berniaga di sekitar jiran- jiran terdekat kawasan perumahanya.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Setelah beliau mengetahui adanya perkhidmatan ICT di kawasan felda nenering, beliau turut serta melibatkan diri dengan kelas dan program yang diadakan di Pusat Internet Felda Nenering. Beliau adalah seorang usahawan IKS di sekitar kawasan Felda Nenering yang menjual pelbagai jenis makanan basah & kering. Beliau juga mengambil tempahan masakan untuk pelbagai majlis kecil kecilan. Selain membuat perniagaan, beliau juga sering menolong suami beliau dalam bidang penernakan. Beliau juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat kertas kerja, mencari resepi dan lain-lain. Kini beliau berjaya untuk membantu suami dalam menampung perbelanjaan seharian keluarga kecil beliau.