USAHAWAN PERNIAGAAN KECIL

Nama : Nor Aliza Binti Rashid
Umur : 25 tahun
Ahli : 2016

 

LATAR BELAKANG :

Puan Aliza seorang yang bekerjaya. Beliau bekerja sebagai seorang kerani di salah sebuah pejabat di daerah terpencil disini. Beliau baru sahaja berkahwin dan beliau juga menetap di Felda Nenering 1. Beliau adalah salah seorang usahawan membuat kek, aneka biskut, cookies dan sebagainya.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau menceburi penggunaan ICT secara percuma di PI, beliau hanya mencari resepi dan cara cara mendeko kek dengan menggunakan telefon sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau datang ke PI dengan rakannya, beliau mula tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan oleh PI , dan beliau mula mendaftar menjadi ahli PI. Petugas PI juga menceritakan kelas kelas yang diadakan pada setiap minggu. Beliau mula mengikuti kelas dengan PI dan mula mencari resepi dan car acara mendeko kek sebagainya. Kini beliau sudah menjadi Ahli aktif di Pi.