USAHAWAN PENTERNAKAN

Nama : Aidil fauzi Bin Mad Saad
Umur : 35 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En. Aidil seorang pertanian yang Berjaya setelah beberapa tahun beliau mengusahakan ladang ternakan beliau iaitu lembu, kambing dan burung unta.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali ICT di PI, beliau hanya mencari maklumat penternakan melalui telefon bimbit sahaja. Dan hasil jualan tidaklah memuaskan hati bagi seorang perniaga seperti beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2016 beliau datang ke PI untuk menjadi ahli di Pusat Internet Felda Nenering 1. Setelah menjadi ahli PI, beliau mula selalu datang ke PI untuk mengikuti kelas usahawan yang dijalankan di PI. Selain mengikuti kelas usahawan, beliau juga belajar tentang cara menggunakan Microsoft office untuk memudahkan kerja harian beliau. Beliau sering mencari maklumat tentang cara cara untuk mengendali penternakan binatang dengan lebih baik. Beliau menyebarkan dan membesarkan empayar perniagaan beliau dilaman Facebook dan kini hasil jualan sudah mencapai target yang beliau impikan.