BELAJAR INTERNET

Nama : ROHANI BINTI SAIDIN
Umur : 57 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Rohani adalah seorang surirumah yang tiada pekerjaan kerana umur yang sudah meningkat dan anak anak beliau juga melarang beliau untuk bekerja. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan rohani memang seorang yang tiada asas tentang komputer, bahkan untuk menggunakan keyboard atau mouse pun beliau tidak berani. Boleh mengenali PI dengan lebih dekat adalah kerana selalu menghantar cucu beliau mengikuti kelas di PI. Beliau juga menunggu sehingga kelas habis, dan beliau tertarik dengan perkhidmatan perkhidmatan yang disediakan oleh PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setiap kali PI mengadakan kelas, beliau tidak terlepas dari mengikuti kelas yang petugas PI sediakan. Kini dia sudah boleh menggunakan komputer walaupun tidak selancar rakan rakan yang lain.