USAHAWAN KECIL

Nama : Nor Fadilah Binti Leman
Umur : 25 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Fadilah adalah seorang surirumah tangga yang tiada pendapatan sendiri. Pada mulanya beliau datang ke PI hanya untuk melayari internet sahaja. Setelah mengetahui pi1m ada membuat kelas untuk usahawan, beliau ingin mencuba dan mengikuti kelas bersama pi. Idea mula datang, beliau mula membuat kerepek crunchy untuk dijual. Pada mulanya beliau hanya menjual dikalangan rakan rakan dan jiran tetangga sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau melibatkan diri dengan aktiviti dan mengikuti kelas yang dijalankan oleh pi1m, beliau hanya duduk dirumah dan surimah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan aktiviti di PI, kini beliau sudah mula aktif menjual produk beliau di facebook. Pada mulanya produk beliau hanya dikenali oleh teman teman rapat dan jiran tetangga sahaja. Kini produk beliau sudah menular panjang dan dikenali ramai. Beliau sudah mampu menjana pendapatan sendiri walau hanya seorang surirumah.