USAHAWAN PERNIAGAAN KECIL

Nama : Manisah Binti Mahmud
Umur : 31 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pn. Manisah atau lebih dikenali dengan panggilan Chot dalam kalangan orang Felda Nenering merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tetapi sekarang beliau sudah mula berjinak dalam bidang perniagaan online /atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan beliau berniaga hanya dari mulut ke mulut dan jika ada yang membeli beliau akan menghantar ke rumah pelanggan / pembeli produk yang di jual. Tetapi hasil jualan sangat tidak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal tahun 2016 beliau telah datang ke PI dan terus mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Felda Nenering 1. Setelah menjadi ahli PI, beliau sering berkunjung ke PI dan mengikuti kelas-kelas yang diadakan seperti kelas usahawan, Microsoft office dan sebagainya yang dijalankan di PI. Selain itu beliau mula belajar cara untuk memasarkan produk beliau di dalam talian seperti Facebook. Hal ini banyak membantu beliau untuk mendapatkan pendapatn yang lebih lumayan berbanding sebelumnya.