PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nor Fadilah Binti Leman
Umur : 27 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Fadilah merupakan suri rumah tabgga sepenuh masa. Beliau mempunyai seorang anak. Suami beliau adalah pekerja di pengurusan Felda Nenering 2.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Beliau seorang yang sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menghabiskan masa lapang yang ad ajika suami beliau keluar bekerja dan setelah selesai kerja di rumah. Beliau pada mualanya hanya mempunyai ilmu asas dalam bidang komputer. Dari sehari ke sehari beliau datang ke Pusat Internet, beliau semakin mahir menggunakan komputer. Seterusnya beliau mula sedar akan peluang yang ada untuk membantu keluarga.


Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengetahui pelbagai kelas dan kemahiran boleh disertai di Pusat Internet, beliau mula menyertai kelas perniagaan, program usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Permulaannya beliau menjual kepada kawan-kawan terdekat tetapi kini beliau mula aktif berniaga di laman sosial yang sebelum ini digunakan untuk bersosial semata mata. Kini beliau sedar beliau dapat menjana pendapatan dengan mudah di samping dapat menguruskan hal rumah tangga dalam masa yang sama.