PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nurul Iza Husna Binti Abd Wahab
Umur : 30 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang :

Puan Iza adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Suami nya berkerja sebagai peneroka. Beliau ingin membantu suaminya dalam menjana pendapat sendiri untuk meringankan beban keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau hanya melihat kawan-kawan yang berniaga secara kecil kecilan secara secara off line dan on line. Ekoran daripada keadaan itu,  beliau mula berminat untuk berniaga.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan,program usahawan dan kelas kelas yang berkaitan perniagan untuk menambah ilmu pengetahuan. Beliau mula berniaga minyak bidara menjadi dropship, selain itu beliau juga menjual makanan basah seperti kuih muih. Beliau mengambil tempahan disekitar kawasan terdekat. Perniagaan beliau juga mendapat sambutan dari penduduk setempat.