PERNIAGAAN IKS

Nama : Rosliza Binti Hamdi
Umur : 35 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang :

Puan Rosliza Binti Hamdi pada mulanya hanya seorang surirumah. Tetapi beliau mula berjinak dalam bidang perniagaan apabila selalu menyertai kawan-kawan dalam menyediakan perkhidmatan catering apabila ada permintaan. Selepas beberapa tahun beliau mula membuat inisiatif sendiri untuk mndapatkan duit lebih dengan membina catering sendiri dengan bantuan suami dan keluarga terdekat.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau hanya mengambil tempahan di sekitar kawasan setempat dan sekitar Pengkalan Hulu sahaja.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Beliau mula berkunjung ke Pusat Internet (PI) untuk melayari internet serta ingin meluaskan perniagaan beliau ke kawasan yang lebih luas. Beliau mula membina laman sosial sendiri dan petugas PI juga membantu beliau untuk mempunyai alamat emel sendiri untuk urusan perniagaannya. Selain itu, petugas PI juga menunjukan kepada beliau cara untuk memasukkan produk beliau ke laman sosial seperti Facebook disamping menggunakan aplikasi dashboard (myshop).