PEMBELAJARAN ICT

Nama : Muhammad Harith Haziq Bin Mohd Hidzir
Umur : 8 tahun
Ahli : 2016


Latar Belakang :

Muhammad Harith Haziq Bin Mohd Hidzir merupakan seorang pelajar darjah 2 di Sekolah kebangsaan Felda Lepang Nenering.Beliau Seorang pelajar yang agak pemalu dan kurang bergaul dengan rakan-rakan sekolahnya.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Pada awalnya beliau merupakan seorang budak lelaki yang serba tidak tahu tentang penggunaan komputer walaupon berkaitan asas komputer dan perkakasan komputer.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Setelah mendapat bimbingan daripada petugas di Pusat Internet (PI), kini beliau sudah agak mahir menggunakan komputer, beliau juga sering mengikuti kelas-kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Internet. Selain itu, dengan adanya Pusat Internet, beliau sudah dapat meningkatkan pencapaian beliau dalam bidang akademik dan dapat melatih diri menggunakan internet dengan bijak dan berhemah selain dapat menyesuaikan diri dalam kalangan rakan-rakan sekolahnya.