PERNIAGAAN ATAS TALIAN

Nama     : Nor Ainon Binti Amir Hamzah
Umur : 28 tahun
Ahli : 2015


Latar Belakang :

Puan Ainon adalah seorang suri rumah tabgga sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang anak. Pendapatan yang ada tidak mencukupi untuk beliau menampung kehidupan yang beliau jalani kini kerana hanya suami sahaja yang bekerja.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Sebelum mengetahui adanya penggunaan ICT di Pusat Internet, beliau tidak mempunyai ilmu tentang perniagaan dan tidak pernah terfikir untuk membantu pendapatan keluarganya.Dari sehari ke sehari beliau datang ke Pusat Internet, beliau sedar akan peluang yang ada untuk membantu keluarga.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Selepas mengenali Pusat Internet, beliau menyertai kelas perniagaan, program usahawan yang diadakan di Pusat Internet. Permulaannya beliau menjual kepada kawan-kawan terdekat tetapi kini beliau mula aktif berniaga di laman sosial yang sebelum ini digunakan untuk bersosial semata mata. Kini beliau sedar beliau dapat menjana pendapatan dengan mudah di samping dapat menguruskan hal rumah tangga dalam masa yang sama.