BELAJAR INTERNET

Nama : Puan Norshah Ani Binti Ishak
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Norshahani seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau tinggal agak berjauhan dengan Pusat Internet yang agak menyukarkan beliau mempelajari dan menikmati kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menglibatkan diri dalam mempelajari kemudahan yang disediakan oleh Pusat internet, beliau memang sudah lupa cara menggunakan komputer, facebokk dll kerana sudah lama meninggalkan bidang ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau mendaftar menjadi Ahli Pusat Internet Felda Nenering, beliau mula mengikuti kelas yang PI adakan seperti kelas Microsoft office, cara membuat emai dan dll. Setiap kelas yang diadakan beliau tidak akan terlepas kerana minat yang mendalam untuk mahir dalam komputer. Kini beliau sudah mempunyai akaun facebook sendiri dan email tersendiri hasil dari belajar di PI.