Perniagaan Atas Talian

Nama : NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD NAPIAH
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

 


Latar belakang

Puan asyikin seorang anggota Rela yang bertugas di Pejabat Rela Pengkalan Hulu. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tetapi kerana kekangan masa, beliau tidak sempat untuk menceburi bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau hanya melihat kawan kawan yang berniaga dan mengambil pengalaman dari kawan kawan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke Pusat Internet dan ingin memasuki kelas kelas yang Pusat Internet Jalankan untuk para usahawan kecil kecilan. Dari situ beliau mula mengeluarkan minat yang ada, dan memulakan bisnes kosmetik (menjual barang barang makeup). Alhamdulillah, hasil minat beliau, beliau dapat menambah pendapatan keluarganya.