Tarikh  : 4 September 2020
Masa  : 09.00AM - 12.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti Pusat Internet


Tujuan :

Majlis penyampaian hadiah ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta menghargai para peserta yang telah bertungkus lumus menyiapkan video kfartangan merdeka pertandingan pusat internet pada tahun 2020.

Aktiviti :

Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi, dimulakan dengan ketibaan Tuan Pengurus Felda Nenering 1 iaitu Encik Afdhal Bin Ismail sebagai perasmi jemputan dan peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Turut juga dijemput Ketua Peneroka Felda Nenering 1, Pengerusi GPW Felda Nenering dan Wakil Pondok polis Felda Nenering 1. Semasa program petugas memberi sedikit info-info berkaitan penggunaan internet dengan bijak dan nasihat untuk memantau anak-anak di laman sosial. Selesai sesi majlis penyampaian, petugas mengedarkan makanan kepada peserta dalam bungkusan dan majlis bersurai pada jam 12.30pm.

GAMBAR AKTIVITI  


Tarikh  : 23 Ogos 2020
Masa  : 9.00AM - 1.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas yang diadakan kali ini adalah kelas melukis dan mewarna menggunakan aplikasi yang ada pada komputer contohnya seperti Microsoft office, paint dan sebagainya mengikut kreativi masing masing.

Aktiviti :

- Belajar melukis dan mewarna mengikut kreativiti masing masing menggunakan aplikasi komputer

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 18 Ogos 2020
Masa  : 9.00AM - 12.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan oleh petugas dalah untuk memahirkan peserta dalam menggunakan Microsoft Word, ianya bertujuan membantu mereka dalam memudahakan urusan pembelajaran yang berkaitan surat menyurat dan membantu mereka untuk mencari kerja dimasa hadapan kelak.

Aktiviti :

- Mempelajari asas-asas microsoft word

- Membantu memudahkan urusan pembelajaran berkaitan surat menyurat

- Dapat mengetahui asas untuk membuat surat rasmi ataupun tidak rasmi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 21 Ogos 2020
Masa  : 9.00AM - 12.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kuiz online ini petugas menggunakan laman web kahoot.com, petugas membuat Kuiz tentang sejarah kemerdekaan yang bertujuan untuk memperingati sejarah sejarah kemerdekaan yang lalu.

Aktiviti :

- Dapat mempelajari sejarah kemerdekaan yang lalu

- Sesi soal jawab tentang sejarah merdeka

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 15-16 Ogos 2020
Masa  : 9.00AM - 5.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan IKS


Tujuan :

Kelas usahawan shopee  diadakan bersama Usahawan IKS dalam kalangan usahawan yang baru untuk menjual dan memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi shopee ini adalah untuk membantu para usahawan kecil dan sederhana yang berniaga dalam kawasan Felda Nenering ini untuk terus maju dalam perniagaan yang mereka jalankan dengan ilmu yang diberi oleh tenaga pengajar. Pelbagai ilmu yang diajar oleh mereka untuk mereka memasarkan produk mereka ke dalam aplikasi shopee ini. 

Aktiviti :

- Memberi penerangan tentang ilmu perniagaan dalam aplikasi shopee.

- Membuat sesi soal jawab

GAMBAR AKTIVITI