Tarikh  : 21 September 2020
Masa  : 3.00PM - 5.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan oleh petugas pusat internet bertujuan untuk membantu peserta mahir dalam mengetahui asas-asas yang sediada dalam microsoft word contohnya seperti cara menaip dengan betul dan pantas, cara memasukkan gambar ke dalam word, cara membuat kotak menggunakan microsoft word dan dll.

Aktiviti :

Kelas bermula pada sebelah petang dengan petugas memberikan penerangan tentang asas-asas microsoft word. Setelah itu petugas meminta peserta untuk membuat latihan sendiri dengan pantauan petugas.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 17 September 2020
Masa  : 9.00AM - 11.00AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : IKS Felda Nenering


Tujuan :

Kelas Usahawan IKS ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan IKS dalam cawangan Felda Nenering untuk mengembangkan perniagaan mereka ke arah yang lebih maju.

Aktiviti :

Program bermula pada sebelah pagi dengan mereka diberikan penerangan serta ilmu tentang asas yang perlu ada untuk berjaya dalam perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 10 September 2020
Masa  : 3.00PM - 5.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kelas menjawab soalan peperiksaan secara dalam talian ini diadakan bagi membantu pelajar darjah 6 menjawab soalan berasaskan komputer. Petugas membantu mereka serba sedikit dan membantu mereka mencari bahan dalam aplikasi google.

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada sebelah petang, petugas membantu mereka untuk mencari bahan bahan yang terkandung dalam soalan yang diberikan. Mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan dengan apa yang dipelajari oleh soalan yang mereka jawab.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 14 September 2020
Masa  : 3.00PM -5.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kelas Word Search ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menguji minda mereka untuk mencari sesuatu perkataan yang tersembunyi. 

Aktiviti :

- Membantu menguatkan fikiran

- Menambah ilmu pengetahuan dalam Bahasa Melayu

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 5 September 2020
Masa  : 9.30AM - 1.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti Pusat Internet


Tujuan : 

Malaysia ICT volunteer secara ringkasnya dipanggil (MIV) ialah satu platform Sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembanggunan ICT di dalam komuniti.

Aktiviti :

Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan persiapan mendengar penerangan MIV secara dalam talian. Tepat jam 10.00pagi, taklimat dimulakan dengan pelbagai ilmu yang diberikan oleh pihak MCMC seperti Klik Dengan Bijak. Kelas tamat pada jam 1.00petang.

GAMBAR AKTIVITI