Tarikh  : 4 September 2020
Masa  : 09.00AM - 12.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti Pusat Internet


Tujuan :

Majlis penyampaian hadiah ini diadakan bertujuan untuk meraikan serta menghargai para peserta yang telah bertungkus lumus menyiapkan video kfartangan merdeka pertandingan pusat internet pada tahun 2020.

Aktiviti :

Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi, dimulakan dengan ketibaan Tuan Pengurus Felda Nenering 1 iaitu Encik Afdhal Bin Ismail sebagai perasmi jemputan dan peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Turut juga dijemput Ketua Peneroka Felda Nenering 1, Pengerusi GPW Felda Nenering dan Wakil Pondok polis Felda Nenering 1. Semasa program petugas memberi sedikit info-info berkaitan penggunaan internet dengan bijak dan nasihat untuk memantau anak-anak di laman sosial. Selesai sesi majlis penyampaian, petugas mengedarkan makanan kepada peserta dalam bungkusan dan majlis bersurai pada jam 12.30pm.

GAMBAR AKTIVITI