Peserta diberikan soalan kuiz celik siber. Dalam soalan itu mereka diberi pilihan untuk memilih matapelajaran yang mereka gemar untuk dijawab. Dengan diberikan soalan kiuz, Petugas dapat membantu mereka dan dapat mengetahui tahap kebolehan mereka dalam bidang matapelajaran yang mereka ceburi.

LAPORAN AKTIVITI BULAN MAC 2017

TARIKH : 11 FEB 2017
MASA   : 0230 PM - 0530PM
TEMPAT : PI1M FELDA NENERING 1

 

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengajar dan memahirkan komuniti menaip menggunakan komputer secara pantas dan juga menguji minda mereka dengan membuat pertandingan yang diberi masa untuk menaip. 

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2017

PROGRAM SEMPERNA CUTI SEKOLAH E-LEARNING 

Mengisi masa cuti pelajar dengan perkara yang mendapat manfaat kepada mereka.Pelajar juga dapat belajar pelbagai kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial di masa kini.

LAPORAN AKTIVITI DISEMBER 2016

 

PENERANGAN TENTANG APLIKASI DASHBOARD KEPADA KETUA JABATAN

 

 

Pada 11 Nov 2016, jam 2.45 hingga 5.30 PI Felda Nenering 1 telah Memberi penerangan dan taklimat sebagai pengenalan kepada aplikasi baru yang dilancarkan oleh semua PI iaitu Dashboard pada setiap Ketua Jabatan Kerajaan dan Ahli Jawatankuasa kampung Felda Nenering 1.

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2016

KDB DAN DASHBOARD BOOTH BERSAMA KOMUNITI

Pada 8 Oktober 2016, bersempena Hari Sukan Negara, Pusat Internet  (PI)  Felda Nenering 1 bersama Pusat Internet Pengkalan Hulu telah menjalankan program Promosi PI, Promosi Dashboard berserta aktiviti KDB dengan  membuka Booth Pusat Internet (PI) di Arena Square Padang Bandaran Pengakalan Hulu.
Sempena Hari Sukan Negara ini, pelbagai jabatan kerajaan terlibat antaranya PDRM, JKM, JPAM, Belia, KKM dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga diadakan. Seramai lebih kurang 1000 pengunjung yang hadir di padang bandaran sempena hari sukan tersebut. Tidak kurang juga yang datang berkunjung ke booth PI yang mempamerkan tentang kebaikan menggunakan internet dengan berhemah dan bijak, promosi PI, dan juga promosi dashboard komuniti terutama dari segi keusahawanan, kesihatan, komuniti yg terdapat dalam dashboard itu sendiri.

LAPORAN AKTIVITI OCT 2016

KDB DAN BOOTH BERSAMA KOMUNITI

Pada bulan September 2016,Pusat Internet Felda Nenering 1 telah menjalankan latihan KDB dan membuka booth Pusat Internet di padang bandaran bersama komuniti. Seramai 300 pengunjung yang hadir di booth yang mempamerkan tentang kebaikan menggunakan internet dengan berhemah dan bijak.

Aktiviti bermula jam 0800 pagi hingga 0300 petang yang bertempat di Padang bandaran pengkalan hulu yang dihadiri 300peserta. Aktiviti bermula dengan penerangan internet kepada pengunjung, kebaikan menggunakan internet, juga cara supaya tidak tertipu dengan laman sosial masa kini.

Selesai petugas memberi penerangan, aktiviti ini juga diselitkan dengan penerangan mengenai etika ketika melayari internet dan sebgainya. Hal ini supaya peserta lebih berhemah dalam menggunakan internet dan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang perkara dalam dunia internet dan komunikasi alam siber.

Selain itu, petugas mengedarkan pamplet KDB kepada pengunjung dan membuat aktiviti sampingan seperti kuiz menjawab soalan bagi mengenal pasti sejauh mana kepahaman peserta tentang penerangan yang diberikan oleh petugas. Aktiviti selesai jam 0300 petang.

LAPORAN AKTIVITI SEPT 2016

KDB DAN DASHBOARD

Pada 20 Ogos 2016 (Isnin) 0800AM, Pusat Internet (PI) Felda Nenering 1 bersama PI Pengkalan hulu mengadakan program klik dengan bijak dan mempromosi dashboard bersama persatuan keluarga polis(PERKEP)

Program tersebut diadakan di Dewan Latihan Batalion 18 Kem PGA Pengkalan hulu. Seramai 100 orang peserta yang terlibat. Program ini bermula pada jam 0800pagi hingga 0200 petang. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan Laman sosial, perniagaan atas talian, scam, dan sebagainya yang berkaitan dengan komunikasi alam maya.Selain itu, peserta juga diberi penjelasan cara untuk membuat laporan jika terbabit dalam penipuan di laman sosial, buli siber dan sebagainya.

LAPORAN AKTIVITI OGOS 2016

KLIK DENGAN BIJAK

Pada 24 Julai 2016, Pusat Internet Telah menjalankan program Klik Dengan Bijak bersama komuniti di Pusat Internet Felda Nenering 1. Program ini bertujuan untuk memastikan pengguna internet tidak lalai menggunakan internet disebabkan zaman yang sudah maju, ramai pengguna yang menggunakan internet dengan cara yang tidak betul.

LAPORAN AKTIVITI JULAI 2016

KELAS TAMBAHAN DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA NENERING 1

                                                               

    

PADA 10 JUN, JUMAAT JAM 0300 PETANG, PUSAT INTERNET TELAH MENGADAKAN TUISYEN UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHAP 2. TUISYEN INI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR MEMBUKA LAMAN WEB SEKOLAH BAGI MEMUDAHKAN MEREKA MENGETAHUI AKTIVITI SEMASA DISEKOLAH.

PETUGAS PUSAT INTERNET MENDEDAHKAN MEREKA DENGAN CARA MEMBUKA WEB SEKOLAH YANG DIBERIKAN OLEH GURU BESAR KEPADA MEREKA. DISITU MEREKA BOLEH MENGETAHUI AKTIVITI SEMASA YANG TELAH DIMUAT NAIK OLEH GURU BESAR DILAMAN WEB TERSEBUT.

SELAIN ITU, PELAJAR JUGA DIDEDAHKAN DENGAN CARA CARA MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN BIJAK DAN BERHEMAH. PETUGAS JUGA MENGEDARKAN PAMPLET KEPADA SETIAP PELAJAR YANG HADIR.

SELESAI KELAS PADA PUKUL 0500 PELAJAR SEMUA BERSURAI.

LAPORAN AKTIVITI JUN 2016

TUISYEN SEKOLAH RENDAH

Pada 14 Mei 2016 (Sabtu) Pusat Internet (PI) Felda Nenering 1 telah mengadakan Kelas Tambahan / Tuisyen kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang merangkumi pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering. Tuisyen ini diadakan hasil kerjasama antara dua pihak iaitu pihak PI dan juga Pihak sekolah.

LAPORAN AKTIVITI MEI 2016

GOTONG ROYONG BERSAMA WARGA UPSI TANGJUNG MALIM

 

Aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Felda Nenering 1 dapat memupukkan kemesraan antara komuniti dan Pusat Internet . Warga UPSI yang berkunjung ke Pusat Internet Felda Nenering 1 juga dapat serba sedikit ilmu yang dicurahkan oleh petugas kepada pelajar Universiti Sultan Idris Shah Tanjung Malim.

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2016

KELAS ASAS KOMPUTER

Pada 7 MAC 2016, Petugas Pusat Internet Felda Nenering 1 telah mengadakan kelas mempelajari asas komputer untuk pelajar sekolah. Kelas asas komputer bermula jam 9.15 pagi dan tamat pada 1.15 tengah hari. Seramai 6 orang pelajar yang menyertai kelas asas komputer bersama petugas Pusat Internet Felda Nenering 1.

LAPORAN AKTIVITI MAC 2016

MENGAJAR PELAJAR SPM CARA MEMBUAT KERJA KAYU DAN MENCARI BAHAN SECARA ONLINE.

Pada 21 FEB 2016,Petugas Pusat Internet Felda Nenering 1 telah mengadakan aktiviti atau kelas untuk pelajar sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagaimana cara untuk mencari bahan kerja dalam membantu membuat kerja kursus ukiran kayu. Aktiviti ini bermula pada pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Aktiviti ini disertai seramai 4 orang pelajar sahaja yang akan menduduki Sijil pelajaran Malaysia bagi matapelajaran seni visual.

LAPORAN AKTIVITI FEB 2016

LITERASI @ BACAAN AL-QURAN ONLINE 

Pada 25 Jan 2016, Pusat Internet Felda Nenering 1 telah mengadakan program literasi @ bacaan yasin secara atas talian kepada golongan wanita felda nenering 1.Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.Program disertai seramai 30 orang wanita yang terdiri daripada persatuan amanah ikhtiar dan gerakan pasukan wanita(GPW).

LAPORAN AKTIVITI JAN 2016

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TARIKH : 16 JAN 2017
MASA    : 0830AM - 1030AM

                                                   

Mengisi masa minggu orientasi pelajar dengan perkara yang mendapat manfaat kepada mereka.Pelajar juga dapat belajar pelbagai kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial di masa kini.

LAPORAN AKTIVITI JANUARI 2017