Tarikh  : 22 Disember 2020
Masa  : 10.00AM - 12.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas microsoft office ini diadakan untuk membantu peserta mengetahui asas microsoft office seperti Microsoft Word, Microsoft powerpoint, Microsoft Excel. Petugas menerangkan isi yang terdapat dalam microsoft office dan peserta mula membuat apa yang mereka pelajari.

Aktiviti :

Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dalam asas microsoft office, ianya juga dapat membantu  mereka pada masa hadapan yang celit IT.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 20 Disember 2020
Masa  : 10.00AM - 12.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas belajar secara dalam talian ini adalah membantu para pelajar untuk menyiapkan latihan sekolah yang diberikan oleh guru-guru untuk disiapkan. Dengan adanya perkhidmatan internet di Pusat Internet, mereka dapat menyiapkan latihan latihan yang diberikan oleh guru mereka.

Aktiviti :

Mereka membuka laman aplikasi Whatsaap Web untuk membuka dan dapat mendownload kerja yang diberikan oleh guru mereka serta dalam menggunakan aplikasi google untuk menyiapkan latihan mereka.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 15 Disember 2020
Masa  : 3.00PM - 5.45PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : KOMUNITI

 

Tujuan :

Bacaan Yassin ini diadakan pada setiap bulan oleh P.I.K bersama komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara petugas P.I.K dan komuniti setempat.

Aktiviti :

Bacaan Yassin bermula pada Jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.45 petang setelah selesai dengan sedikit jamuan ringan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 18 Disember 2020
Masa  : 2.30PM - 5.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas usahawan ini diadakan adalah untuk membantu memberikan ilmu-ilmu tentang perniagaan kepada ahli ahli IKS di sekitar kawasan Felda Nenering ini untuk lebih mengetahui lebih mendalam tentang perniagaan  bidang yang mereka ceburi.

Aktiviti :

Mereka diberikan keterangan tentang ilmu perniagaan sambil diberikan sedikit kuiz tentang apa yang diterangkan oleh guru Amanah Ikhtiar Malaysia.

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 8 Disember 2020
Masa  : 3.00PM - 4.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas microsoft ini diadakan bagi membantu mereka dalam mahir untuk mengenali dan mempelajari asas-asas yang terdapat dalam microsoft word.

Aktiviti :

Petugas membantu dalam menerangkan asas asas tentang microsoft word, setelah peserta faham, mereka mula membuat sendiri tugasan dan dibantu serta dipantau oleh petugas P.I.K.

GAMBAR AKTIVITI