Tarikh  : 5 Julai 2020
Masa  : 9.00am - 10.30am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diajar oleh petugas adalah untuk memahirkan peserta dalam bidang mengenali asas-asas Microsoft Word terutama kepada peserta yang baru melepasi peringkat sekolah.

Aktiviti :

Peserta diajar asas-asas dari mula membuka microsoft word sehinggalah yang lebih mendalam dalam mengenali asas microsoft word. Setelah itu, petugas juga membuat ujian untuk mengetahui samada peserta memahami apa yang diajar oleh petugas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 8 Mac 2020
Masa  : 10.00am - 11.30am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Tujuan peserta belajar mengetahui asas-asas microsoft word adalah untuk memahirkan peserta dalam bidang Microsoft Word seperti menaip, membuat table(jadual) dll.

Aktiviti :

- Membantu peserta mengetahu asas-asas microsoft word

- Membantu peserta menaip menggunakan microsoft dengan pantas dan cekap

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 3 Mac 2020
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Wanita


Tujuan :

Mengisi kemasukkan ke Pra sekolah dan Tahun 1 bagi sesi 2021 sekolah rendah dan pengisian secara dalam talian.

Aktiviti :

Para ibu & bapa datang ke pusat internet untuk mengisi kemasukkan ke Pra sekolah dan tahun 1 sesi 2021. Petugas membantu peserta yang tidak tahu menggunakan komputer untuk mengisi sambil mengajar mereka menggunakan komputer.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 4 Mac 2020
Masa  : 9.00am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan P.I


Tujuan :

Seramai lebih 30 orang menyertai kelas usahawan yang diadakan pada setiap hari isnin di Pusat Internet. Ianya bertujuan untuk membantu peserta yang baru ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan untuk terus meningkatkan diri dalam bidang ini.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 9.00 pagi, peserta diberikan taklimat tentang asas pernigaan, peserta juga diberikan peluang untuk menceritakan secara ringkas tentang perniagaan yang mereka jalankan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 24 Februari 2020
Masa  : 09.00am - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Aktiviti kuiz Bahasa Melayu diadakan untuk pelajar sekolah rendah adalah untuk membantu mereka mengulangkaji pelajaran pada masa cuti sekolah.

Aktiviti :

- Membuka web Kahoot.com untuk menjawab kuiz

- Mengulangkaji pelajaran sambil menimba ilmu

GAMBAR AKTIVITI