Tarikh  : 20 - 21Oktober 2020
Masa  : 3.00PM - 5.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kuiz secara atas talian bersama Bank Simpanan Nasional ini adalah Kokurikulum Pelibatan Murid untuk program aktiviti kokurikulum celik kewangan BSN secara Dalam Talian.

Aktiviti :

Pelajar diarahkan untuk menonton satu video yang disediakan oleh BSN di youtube untuk mereka fahami sebelum mereka menjawab soalan dalam talian. Selelah selesai mereka menonton dan memahami isi yang disampaikan dalam video tersebut, mereka mula menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh BSN dan setelah selesai sesi menjawab, mereka akan dicetakkan sehelai Sijil Penghargaan tanda mereka menyertai program tersebut.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 13 Oktober 2020
Masa  : 3.00PM - 5.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Para pelajar Tahun 6 menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet untuk mengisi Borang secara atas talian kemasukkan ke Tingkatan 1 tahun 2021.

Aktiviti :

Mereka mengisi data-data yang diperlukan sambil dibantu oleh petugas apa yang mereka tidak faham.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 5 Oktober 2020
Masa  : 9.00AM - 11.00AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan IKS Felda Nenering


Tujuan :

Kelas usahawan bersama peserta Industri Kecil & Sederhana ini diadakan oleh Pusat Internet bertujuan untuk membantu mereka dalam menambah ilmu tentang perniagaan yang mereka jalankan sekarang tidak kira samada secara Offline atau Online.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 9.00 pagi, peserta dimulakan dengan sesi pengenalan, dan seterusnya berkongsi ilmu dan tips tentang perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 9 Oktober 2020
Masa  : 3.00PM - 5.30PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet

 

Tujuan :

Kelas pembelajaran secara atas talian ini dapat membantu dan memudahkan pelajar sekolah untuk mengulangkaji selain menggunakan buku atau kertas latihan. 

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada sebelah petang, petugas membantu mereka mencari soalan secara atas talian dan membantu apa yang mereka kurang fahami.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 23 September 2020
Masa  : 9.30AM - 3.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti Felda Nenering


Tujuan : 

Program bersama Lembaga Tabung Haji ini diadakan di Pusat Internet adalah bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk membuat urusan bersama Lembaga Tabung Haji. Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji pada kali ini seperti Promosi membuka akaun setinggi RM2 untuk dewasa dan kakak-kanak, simpanan tunai, permohonan penyata akaun tabung haji, pendaftaran haji tunai RM1300, kemaskini maklumat peribadi, pendaftaran sisitem perbankan internet THiJARI.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 9.30pagi, dengan kedatangan komuniti yang ingin membuat urusan dengan Lembaga Tabung Haji, dan selesai pada jam 3.00pm.

GAMBAR AKTIVITI