Tarikh  : 6 Disember 2020
Masa  : 10.00AM - 12.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas belajar secara dalam talian ini adalah membantu para pelajar untuk menyiapkan latihan sekolah yang diberikan oleh guru-guru untuk disiapkan. Dengan adanya perkhidmatan internet di Pusat Internet, mereka dapat menyiapkan latihan latihan yang diberikan oleh guru mereka.

Aktiviti :

Mereka membuka laman aplikasi Whatsaap Web untuk membuka dan dapat mendownload kerja yang diberikan oleh guru mereka serta dalam menggunakan aplikasi google untuk menyiapkan latihan mereka.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 20 November 2020
Masa  : 10.00AM - 1.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan P.I


Tujuan :

Kelas belajar membuat akaun shopee ini untuk membantu peniaga memasukkan produk ke aplikasi Shopee dan berniaga secara online.

Aktiviti :

Petugas membantu peserta untuk membuka akaun di shopee, memasukkan produk untuk dijual dalam shopee. Petugas mengajar peserta cara memasukkan produk, cara untuk menghantar produk dll. 

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 13 November 2020
Masa  : 10.00AM - 12.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Pelajar tahun 6 menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti dengan membuat kerja khusus secara online. 

Aktiviti :

Kerja khusus yang dibuat oleh mereka menggunakan aplikasi WhatApp Web, Microsoft Ofiice dan google Meet.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 November 2020
Masa  : 10.00AM - 1.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : IKS Felda Nenering


Tujuan :

Bengkel Keusahawanan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi kepada peniaga kecil dan sedeharna di kawasan Felda Nenering ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang perniagaan. Bengkel ini diketuai oleh Guru dari Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Gerik.

Aktiviti :

Bengkel ini banyak menerangkan kepada peserta cara untuk membuat pengiraan tentang perbelanjaan keluar dan masuk untuk setiap hari. Ianya adalah untuk membantu mereka agar cekap dalam mengira dan menggunakan kewangan pada musim pandemik Covid-19 ini.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 4 November 2020
Masa  : 10.00AM - 2.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli Pusat Internet


Tujuan :

Kelas Microsoft Word ini diadakan kepada pelajar sekolah menengah untuk memudahkan mereka membuat kerja khusus yang diberikan oleh guru-guru mereka dengan menggunakan komputer.

Aktiviti :

Kelas dimulakan bermula jam 10.00pagi, petugas mula menerangkan kepada peserta asas-asas untuk menggunakan Microsoft Word. Setelah semua peserta sudah jelas dengan apa yang diterangkan oleh petugas, mereka mula memulakan kerja khusus mereka dengan menggunkaan Microsoft word.

GAMBAR AKTIVITI