Tarikh  : 11 April 2021
Masa  : 9.00AM - 11.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I.K

 

Tujuan :

Kelas bersama Kelab Amanah Ikhitar Malaysia di felda nenering ini adalah untuk membantu usahawan kecil yang baru ingin meningkat naik dan tiada modal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan memasuki kelab AIM, mereka dibantu oleh pihak AIM dari pelbagai sudut seperti mendapat pinjaman modal dari pihak AIM. 

Aktiviti :

Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan dan diteruskan dengan sesi penerangan tentang AIM dan asas perniagaan yang mereka ceburi.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 8 April 2021
Masa  : 9.00AM - 11.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I.K

 

Tujuan:

Kelas microsoft office ini disertai oleh peserta lepasan sekolah. Mereka menjadikan Pusat Internet sebagai rujukan untuk mereka menggunakan kemudahkan yang disediakan oleh Pusat Internet kepada komuniti dan juga dapat mencari maklumat tambahan. 

Aktiviti:

Peserta membuat kerja sambil mencari maklumat di komputer untuk dimasukkan ke dalam Microsoft Office.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 23 Mac 2021
Masa  : 3.00PM - 4.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I.K

 

Tujuan: 

Sistem pendaftaran atas talian (online) ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke PRA sekolah untuk 2022 dan tahun 1 2022 tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

Aktiviti:

Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna. Untuk pendaftaran tahun 1, maklumat tambahan yang perlu diisi adalah seperti maklumat prasekolah/ tadika, rekod kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak dan pelbagai lagi. Peserta mengisi maklumat dan dibantu oleh petugas P.I.K.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 5 April 2021
Masa  : 9.00AM - 11.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : IKS P.I.K

 

Tujuan : 

Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk membantu para peniaga menimba ilmu tentang asas perniagaan di musim wabak Covid-19 sedang melanda negara kita. Ianya amatlah terkesan buat peniaga peniaga kecil. Peserta diajar cara berniaga secara Atas Talian, cara untuk mengiklankan perniagaan dll. Dengan kelas yang diadakan ini, dapatlah membantu mereka dalam merancang perniagaan mereka dengan lebih baik.

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada jam 9.00 pagi, mereka mula mengenalkan diri, setelah itu mereka diberikan taklimat berkaitan asas asas dan ilmu tentang perniagaan.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 20 Mac 2021
Masa  : 9.00AM - 12.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I.K

 

Tujuan : 

Tuition diadakan di Pusat Internet kepada pelajar kelas pemulihan sekolah rendah kebangsaan Felda Nenering bertujuan untuk membantu pelajar agar tidak ketinggalan dalam pelajaran di waktu cuti sekolah.

Aktiviti :

Peserta membuat tugasan yang diberikan oleh guru mereka sambil dibantu oleh petugas P.I.K dan Guru pembimbing mereka.

GAMBAR AKTIVITI