Tarikh  : 12 Sept 2019
Masa  : 0230pm - 0330pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas Microsoft Word diadakan oleh petugas bertujuan untuk mengajar peserta cara menaip menggunakan komputer dengan pantas dan cekap. Selain itu, petuags juga mendedahkan kepada peserta tool-tool yang terdapat pada Microsoft Word yang wajib peserta tahu apabila menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti :

- Menaip secara pantas dan cekap

- Mengenali fungsi Microsoft Word

- Belajar mengenali asas dan fungsi Microsoft Word

- Belajar menaip surat


GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 8 Sept 2019
Masa  : 1030am - 11.30am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Pelajar UPSR


Tujuan :

Ulangkaji UPSR di laman web Perak E-Tuition ini bertujuan untuk membantu pelajar yang sedang menduduki peperiksaan UPSR untuk mengulangkaji matapelajaran dan menjawab soalan-soalan contoh yang terdapat pada web tersebut.

Aktiviti :

- Membantu pelajar mengulangkaji pelajaran UPSR

- Membantu peserta mencari soalan - soalan contoh yang terdapat pada web Perak E-Tuition

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 24 Ogos 2019
Masa  : 0930am - 12.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas kali ini bertajuk mewarna Bendera malaysia secara online dengan menggunakan aplikasi supercoloring.com. Tujuannya adalah untuk menghargai serta menyambut bulan kemerdekaan.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 0930 pagi, peserta mula membuka web supercoloring.com, setelah semua sudah bersedia petugas mengarahkan semua untuk memulakan mewarna. Pemenang dipilih berdasarkan kekemasan dan kecantikan dalam mewarna.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 6 Sept 2019
Masa  : 0330pm - 0445pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli P.I


Tujuan :

Kelas menjawab kuiz hari malaysia ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah hari malaysia pada 16 September setiap tahun. Peserta menjawab soalan kuiz ini menggunakan laman web Quizizz Online.

Aktiviti :

- Belajar membuka web Online Quizizz.com.my

- Dapat mengetahui sejarah hari Malaysia.


GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 21 Ogos 2019
Masa  : 8.00am - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti


Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak penduduk sekitar untuk mengamalkan kehidupan yang sihat sepanjang hayat serta melahirkan komuniti yang celit IT dengan pelbagai aktiviti yang menarik diadakan oleh Pusat Internet Felda Nenering 1.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 8.00pagi, dimulakan dengan pendaftaran nama dan senamrobik yang diketuai oleh Coach zumba dari Pengkalan Hulu. Setelah selesai senamrobik, peserta berehat sambil menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh Klinik Kesihatan Pengkalan hulu dan juga Klinik Ar-Raudah Pengkalan Hulu. Disamping pemeriksaan kesihatan dijalankan, peserta menyertai aktiviti ICT yang dijalankan didalam Pusat Internet seperti Kuiz Kesihatan secara dalam talian, mewarna poster kempen kesihatan, Menaip artikel di laman dashboard "MYKOMUNITI" bertajuk ''Pusat Internet DiHatiku", MYPLACE serta MYSHOP iaitu memuat naik produk kesihatan di laman myshop. Program dirasmikan oleh tuan pengurus Felda Nenering 1 iaitu En.Mohd Afdhal Bin Ismail. Masjlis penutup pada jam 12.30 hari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah. Majlis tamat pada Jam 1.00 tengahari dengan Jamuan Makan tengahari kepada semua komuniti yang hadir.

GAMBAR AKTIVITI