Tarikh  : 20 Jun 2019
Masa  : 0300pm - 0400pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas pengenalan kepada ICT ini diadakan oleh petugas bertujuan untuk membantu peserta dalam mengenal tentang komponen komponen yang terdapat pada komputer.

Aktiviti :

Petugas menerangkan serta menunjukkan komponen yang terdapat pada komputer, setelah selesai petugas menguji peserta dengan membuat kuiz dengan menggunakan aplikasi quizizz bertajuk komponen komputer.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 17 Jun 2019
Masa  : 0930am - 1130am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : komuniti


Tujuan :

Jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan di Pusat Internet pada 17.6.2019, bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara petugas PI dan Komuniti.

Aktiviti :

Jamuan raya bermula pada jam 0930pagi, pelbagai menu makanan yang disediakan antaranya ketupat, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang kuih muih dll.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 14 Jun 2019
Masa  : 0300pm - 0430pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas Adobe Photoshop ini diadakan bertujuan mengajar peserta tool tool yang terdapat pada adobe photoshop. Petugas mengarahkan peserta membuat kad yang bertemakan Hari Raya.

Aktiviti :

Kelas bermula pada sebelah petang, petugas mula mengajar dan membuka aplikasi Adobe Photoshop sambil menerangkan fungsi fungsi adobe photoshop.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 18 Jun 2019
Masa  : 0930am - 1130am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan PI


Tujuan :

Kelas usahawan ini dijalankan untuk usahawan yang baru ingin menceburi dalam bidang perniagan. Kelas diketuai oleh En.Idris ketua Amanah Ikhitiar cawangan Grik. Beliau memberikan tips perniagan, cara berniaga dengan berjaya dll.

Aktiviti :

Kelas dimulakan pada jam 0930 pagi, dimulakan dengan sesi pengenalan diri, setelah itu penceramah mula memberikan keternagan berkenaan perniagaan. Kelas tamat pada jam 1130pagi dan disediakan sedikit jamuan ringkas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 10 Jun 2019
Masa  : 0930am - 1130am
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI

 

Tujuan :

Kelas tambahan E-Perak ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu pelajar sekolah mengulangkaji matapelajaran secara dalam talian. Selain itu, pelbagai keterangan tentang pelajaran yang boleh pelajar dapati di laman web tuition e-perak.

Aktiviti :

Kelas bermula pada jam 0930am, terdiri daripada pelbagai kelas bermula pada darjah 4,5 dan 6. Petugas membantu mereka membuka web tuition e-perak dan mereka mula mengulangkaji pelajaran serta menjawab soalan yang tertera di screen.

GAMBAR AKTIVITI