Tarikh  : 16 Oktober 2019
Masa  : 0300PM-0530PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas Microsoft Excel yang dijalankan oleh petugas pada 16 Oktober ini bertajuk Kufi Art, iaitu membuat nama dalam bahasa arab menggunakan Microsoft Excel. Ianya bertujuan untuk mengajar peserta dalam mahir membuat art dalam bahasa arab menggunakan Ms Excel.

Aktiviti :

- Belajar memahirkan diri dalam membuat kufi art

- Belajar fungsi-fungsi Microsoft Excel

- Belajar cara untuk copy dan paste

- Belajar untuk menyimpan gambar dari google masuk ke dalam komputer.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 13 Oktober 2019
Masa  : 0900AM- 1130AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :


Kelas typing test diadakan bertujuan untuk membantu peserta dalam menaip secara pantas dengan menggunakan papan kekunci di komputer. Petugas menggunakan laman web Typingtest.com untuk membuka web kepada peserta. Di web tersebut, petugas menaip dan dikira masa berapa lama yang diambil oleh peserta untuk menaip perenggan yang diberikan.

Aktiviti :

- Belajar menaip secara pantas dan cekap

- Belajar untuk fokus dengan sesuatu kerja yang dibuat

- Menambah ilmu pengetahuan dalam bidang menaip

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 10 Oktober 2019
Masa  : 0300PM - 5.45PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kelas Microsoft PowerPoint kali ini bertajuk Video Aminasi. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta bahawasanya Microsoft Powerpoint ini bukan sahaja untuk membuat slide, malah ianya banyak kegunaan. Antara salah satunya ianya boleh membuat video animasi bergerak.

Aktiviti :

- Belajar membuat video animasi menggunakan Microsoft Powerpoint

- Belajar cara untuk menyimpan image ke dalam file komputer

- Belajar mencari gambar di google 

- Belajar Fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Powerpoint

- Menambah ilmu pengetahuan tentang Microsoft Powerpoint

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 11 Oktober 2019
Masa  : 0900AM- 1130AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Bacaan yasin diadakan di Pusat Internet Felda Nenering bersama komuniti bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet dengan komuniti setempat di Felda Nenering.

Aktiviti :

- Membuat bacaan yasin bersama komuniti

- Membuat jamuan makan selepas selesai bacaan yasin

- Membentangkan isu semasa blok/kampung selepas selesai bacaan yasin

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 7 Oktober 2019
Masa  : 0900AM -1130AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan


Tujuan :

Kelas usahawan ini dihadiri oleh usahawan yang membuat tudung dengan design sendiri, beliau mempromosikan jualan beliau di Pusat Internet kepada komuniti yang hadir disamping itu beliau juga mengajar cara untuk menjaga pendapatan bagi surirumah yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Aktiviti :

- Belajar cara mempromosi barang jualan.

- Belajar cara untuk menjana pendapatan sampingan

- Belajar ilmu tentang perniagaan

GAMBAR AKTIVITI