Tarikh  : 11 November 2019
Masa  : 10.00AM - 11.00AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti


Tujuan :

Pemeriksaan kesihatan diadakan di Pusat Internet adalah untuk membantu komuniti untuk memeriksa kesihatan mereka seperti memeriksa tekanan darah dan memeriksa bacaan gula dalam darah (kencing manis). Ianya terbuka kepada semua komuniti.

Aktiviti :

- Membuat pemeriksaan kesihatan kepada komuniti 

- Memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma

GAMBAR AKTIVITI 


Tarikh  : 8 November 2019
Masa  : 0900AM - 0300PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti


Tujuan :

Program bersama Sekolah Kebangsaan Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kepentingan Pusat Internet kepada Komuniti setempat. Selain itu juga, pusat internet telah membuka booth untuk menghebahkan apa itu Klik Dengan Bijak, Menghebahkan tentang penutupan Analog MYTV kepada komuniti. Petugas juga menyediakan kuiz dan soalan soalan yang menarik kepada pengunjung yang hadir.

Aktiviti :

- Menghebahkan kepada komuniti tentang peralihan tv Analog kepada Digital (MYFREEVIEW)

- Kuiz Klik Dengan Bijak

- Mewar-warkan kepentingan internet kepada komuniti setempat

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 22 Oktober 2019
Masa  : 10.00AM-1230PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Murid Tahun 6


Tujuan :

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi (gamification) telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards - DCS). 

Aktiviti :

- Dapat menambah ilmu dalam bidang ICT.

- Dapat belajar menepati masa dalam menjawab soalan dengan cepat dan pantas.

- Belajar fokus dalam membuat sesuatu kerja.

- Dapat melahirkan pelajar Celit IT.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 4 November 2019
Masa  : 10.00AM-01.00PM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Usahawan


Tujuan :

Kelas usahawan yang diadakan ini bertujuan untuk membantu usahawan usahawan kecil di kawasan Felda Nenering ini berjaya dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi.

Aktiviti :

- Penceramah memberikan tips untuk berjaya dalam perniagaan

- Menambah ilmu dalam bidang keusahawanan

- Belajar pelbagai teknik untuk berjaya

- belajar mengetahui kebaikan dan keburukan dalam menceburi bidang keusahawanan

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 20 Oktober 2019
Masa  : 10.00AM-11.00AM
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Ahli PI


Tujuan :

Kuiz klik dengan bijak ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada peserta kesedaran tentang keselamatan , kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna kepada internet.

Aktiviti :

- Menjawab kuiz kesedaran bertemakan KLIK DENGAN BIJAK

- Menambah ilmu pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan internet

- Dapat belajar cara untuk melayari internet dengan selamat

GAMBAR AKTIVITI