Tarikh  : 21 Ogos 2019
Masa  : 8.00am - 1.00pm
Lokasi  : Pusat Internet Felda Nenering
Peserta  : Komuniti


Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak penduduk sekitar untuk mengamalkan kehidupan yang sihat sepanjang hayat serta melahirkan komuniti yang celit IT dengan pelbagai aktiviti yang menarik diadakan oleh Pusat Internet Felda Nenering 1.

Aktiviti :

Program bermula pada jam 8.00pagi, dimulakan dengan pendaftaran nama dan senamrobik yang diketuai oleh Coach zumba dari Pengkalan Hulu. Setelah selesai senamrobik, peserta berehat sambil menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh Klinik Kesihatan Pengkalan hulu dan juga Klinik Ar-Raudah Pengkalan Hulu. Disamping pemeriksaan kesihatan dijalankan, peserta menyertai aktiviti ICT yang dijalankan didalam Pusat Internet seperti Kuiz Kesihatan secara dalam talian, mewarna poster kempen kesihatan, Menaip artikel di laman dashboard "MYKOMUNITI" bertajuk ''Pusat Internet DiHatiku", MYPLACE serta MYSHOP iaitu memuat naik produk kesihatan di laman myshop. Program dirasmikan oleh tuan pengurus Felda Nenering 1 iaitu En.Mohd Afdhal Bin Ismail. Masjlis penutup pada jam 12.30 hari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta cabutan bertuah. Majlis tamat pada Jam 1.00 tengahari dengan Jamuan Makan tengahari kepada semua komuniti yang hadir.

GAMBAR AKTIVITI