Tarikh  : 12 FEBRUARI 2024
Masa  : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Kelas ICT English secara atas talian yang diadakan oleh petugas bertujuan untuk membantu palajar sekolah yang masih lemah dalam matapelajaran, disamping itu juga dapat mengisi masa terluang pelajar pada cuti sekolah. Disamping itu juga, petugas juga menjalankan kuiz Klik Dengan Bijak kepada peserta yang hadir.

Aktiviti :

Petugas dan peserta membuka Web Quizizz English & Quizizz KDB kepada peserta untuk menjawab soalan soalan yang telah disediakan di laman web tersebut.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 7 FEBRUARI 2024
Masa  : 9.00 PAGI - 2.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1

 

Tujuan :

Pembukaan kaunter pembayaran cukai tanah kepada komuniti setempat Felda Nenering 1 adalah bertujuan untuk memudahkan komuniti Felda Nenering 1 supaya tidak perlu keluar ke pekan Pengkalan Hulu untuk membuat bayaran tersebut.

Aktiviti :

Komuniti datang ke PEDi untuk membayar cukai tanah dengan mudah dan pantas.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 5 FEBRUARI 2024
Masa  : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Kelas yang disertai oleh petugas adalah kelas membuat Kraftangan secara atas talian.

Aktiviti :

Kelas diketuai oleh seorang guru secara google meet. Peserta diminta menyediakan bahan untuk membuat Karftangan. Peserta mengikuti kelas dari awal hingga selesai.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 6 FEBRUARI 2024
Masa  : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Membantu komuniti untuk mengisi maklumat data diri mereka kedalam Sistem PADU.

Aktiviti :

Petugas membantu komuniti yang hadir ke PEDi untuk mengisi data & maklumat mereka ke dalam sistem PADU.

GAMBAR AKTIVITI


Tarikh  : 28 JANUARI 2024
Masa  : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG
Lokasi  : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Nenering 1
Peserta  : Komuniti PEDi Felda Nenering 1


Tujuan :

Kelas yang diadakan oleh petugas PEDi pada kali ini adalah bengkel membuat roti pizza dan pelbagai jenis roti. Ianya bertujuan untuk membantu usahawan yang berniaga atau surirumah menambah ilmu dalam bidang membuat roti.

Aktiviti :

Kelas diketuai oleh seorang guru berasal dari Gerik yang mempunyai ilmu dalam bidang membuat roti. Beliau membimbing peserta yang hadir untuk membuat roti, dari mula membuat doh sehingga selesai membakar.

GAMBAR AKTIVITI